MySARA Semakan 2025
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan inisiatif bantuan tunai bulanan daripada kerajaan yang disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini bertujuan membantu golongan miskin, miskin tegar, warga emas, dan bujang berpendapatan rendah membeli barangan asas seperti beras, minyak, susu, makanan kering dan keperluan dapur lain. Penggunaan bantuan hanya dibenarkan di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar di bawah sistem MyKasih. Ketahui syarat kelayakan, langkah-langkah semakan status serta panduan pembelian menggunakan MyKad melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Apa Itu Bantuan MySARA Semakan 2025?
Bantuan ini merujuk kepada proses semakan kelayakan bantuan SARA MyKasih, yang bertujuan membantu rakyat miskin dan miskin tegar. Penerima boleh membeli barangan asas seperti:
- Makanan dan minuman
- Produk kebersihan diri
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
Syarat Kelayakan Penerima MySARA Semakan 2025
Untuk layak menerima bantuan ini, penerima mestilah memenuhi salah satu daripada dua kategori berikut:
Penerima eKasih:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai Miskin / Miskin Tegar dalam data eKasih (hingga 31 Oktober 2024)
- Penerima STR 2025 kategori:
- Isi Rumah
- Bujang
- Warga Emas Tanpa Pasangan
Penerima bukan eKasih:
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR 2025 kategori:
- Isi Rumah
- Warga Emas Tanpa Pasangan
Semakan Status Penerima MySARA Bagi Tahun 2025
Melalui Portal MyKasih
- Layari: https://www.mykasih.com.my
- Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit Nombor MyKad dan Kod Captcha
- Klik [Semak Status]
- Status dipaparkan:
[Lulus Bantuan SARA MyKasih 2025]
Melalui Portal MySTR
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik [Semak Status]
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Jawab Kata Kunci Keselamatan
- Klik [Semakan Status]
- Paparan termasuk:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan
Semakan Cara Pembelian Barangan Di Pasaraya
Langkah penggunaan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas:
- Pilih Barangan – Hanya barangan berlabel MyKasih dari 13 kategori yang dibenarkan
- Tunjukkan MyKad – Juruwang semak status bantuan
- Imbas Barangan – Hanya item dibenarkan akan diimbas
- Bayar Guna MyKad – Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan pembelian
- Simpan Resit – Untuk semakan dan rujukan
Jika pembelian melebihi had atau barangan bukan kategori, bayaran tambahan perlu dibuat secara tunai.
Rujukan Dan Pertanyaan
Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, sila hubungi:
- Talian MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel: info@mykasih.com
Yang Berkaitan: Bantuan MyKasih 2025: Semak Status Layak Atau Tidak Penerima