Bantuan MyKasih 2025: Semak Status Layak Atau Tidak Penerima

Bantuan MyKasih 2025


Ketahui cara menyemak status kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima secara tanpa tunai. Bantuan ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan asas seperti beras, minyak masak, susu, dan makanan kering di pasar raya terpilih. Semakan kelayakan boleh dilakukan secara atas talian melalui dua portal rasmi, iaitu portal MyKasih dan portal MySTR. Anda hanya perlu memasukkan 12 digit nombor MyKad dan kod keselamatan (captcha) untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan SARA 2025 ini.



Apa Itu Bantuan MyKasih 2025?

Bantuan merupakan program bantuan bulanan kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah, khususnya golongan miskin dan miskin tegar dalam eKasih, melalui MyKad. Tiga kategori penerima utama ialah:

  • Isi Rumah
  • Warga Emas Tanpa Pasangan
  • Bujang

Mulai April 2025, bantuan turut diperluas kepada penerima STR bukan eKasih dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.


Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Mykasih 2025

Penerima eKasih:

  • Warganegara Malaysia
  • Status Miskin Tegar / Miskin dalam data eKasih (hingga 31 Oktober 2024)
  • Penerima STR 2025 kategori:
    • Isi Rumah
    • Bujang
    • Warga Emas Tanpa Pasangan

Penerima Bukan eKasih:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2025 kategori:
    • Isi Rumah
    • Warga Emas Tanpa Pasangan

Portal Semakan Status Penerima MyKasih 2025

Kelayakan boleh disemak melalui dua saluran rasmi dalam talian:

Semakan di Portal MyKasih

  1. Layari: https://www.mykasih.com.my
  2. Klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKad dan Captcha
  4. Klik [Semak Status]
  5. Status yang akan dipaparkan:
    [Lulus Bantuan SARA MyKasih]

Semakan di Portal MySTR

  1. Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik [Semak Status] di ruangan MySTR
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Kata Kunci Keselamatan
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Paparan termasuk:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
    • Status Kelayakan

Cara Pembelian Barangan MyKasih 2025 Di Pasaraya

Guna MyKad untuk membuat pembelian barangan asas seperti berikut:

  1. Pilih Barangan – Label MyKasih pada rak barangan.
  2. Tunjuk MyKad – Juruwang akan sahkan status bantuan.
  3. Imbas Barangan – Barangan yang dibenarkan sahaja akan diimbas.
  4. Bayar Guna MyKad – Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan.
  5. Simpan Resit – Untuk rujukan atau semakan jika perlu.

Pembelian barangan bukan dalam kategori atau melebihi had perlu dibayar secara tunai.


Rujukan Dan Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang persoalan, sila hubungi:

  • Talian Rasmi MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • E-mel: info@mykasih.com

Yang Berkaitan: Bantuan Dalam MyKad 2025: Semakan Status Layak Atau Tidak

Leave a Comment