Tarikh Tutup Rayuan UPU 2025: Sila Mohon Segera!!!

Tarikh Tutup Rayuan UPU 2025 sudah menghampiri penghujung iaitu 25 Jun 2025 jam 5.00 petang. Ini bermakna calon tidak mempunya masa yang panjang untuk mengemukakan rayuan bagi mendapatkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana hanya tinggal kurang 24 jam sahaja sebelum permohonan ditutup. Peluang ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi, asasi, diploma atau setaraf yang tidak berjaya mendapat tawaran pada fasa pertama.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyeru semua calon untuk segera membuat rayuan melalui sistem UPUOnline yang kini dibuka. Rayuan ini merupakan peluang kedua bagi pelajar untuk dipertimbangkan ke dalam program pengajian yang masih mempunyai kekosongan. Oleh sebab hanya tinggal kurang 24 jam sahaja lagi, maka peluang menjadi semakin suntuk.

Rayuan akan diproses berdasarkan kekosongan program, syarat kelayakan serta keutamaan pemohon. Oleh itu, calon dinasihatkan untuk membuat pilihan yang sesuai dengan keputusan akademik mereka.

Jangan lepaskan peluang ini. Sila lakukan permohonan dengan kadar segera kerana masa semakin tamat. Layari https://upu.mohe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan rayuan.

Sumber: Kementerian Pendidikan Tingga

Tarikh Tutup Rayuan UPU 2025: Siapa Yang Layak?

Rayuan dibuka kepada calon yang gagal mendapat sebarang tawaran semasa keputusan utama diumumkan


Tarikh Tutup Rayuan UPU 2025: Tarikh Penting

  • Tarikh Tutup Rayuan
    • 25 Jun 2025 (Rabu)
  • Masa Tutup Sistem
    • Jam 5.00 petang

Permohonan selepas tarikh dan masa ini tidak akan dipertimbangkan. Calon digesa melengkapkan borang rayuan serta menyemak semula semua maklumat sebelum menghantar.


Tarikh Tutup Rayuan UPU 2025: Bagaimana Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my.

Rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat, jadi keutamaan diberikan kepada calon yang memenuhi syarat merit dan program pilihan.


Kepentingannya Memohon

Ramai calon pada tahun-tahun lepas berjaya memasuki IPTA selepas membuat rayuan. Ini membuktikan bahawa proses rayuan bukan sekadar formaliti, tetapi peluang sebenar bagi mereka yang terlepas pada peringkat pertama.

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi turut menekankan kepentingan pelajar bertindak pantas, kerana tempat yang ada adalah terhad.


Penutup

Sebagai penutup, Rayuan UPU 2025 memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan fasa pertama untuk melanjutkan pengajian ke IPTA. Proses rayuan ini penting dan harus dilakukan segera sebelum tarikh tutup pada 25 Jun 2025. Jangan lepaskan peluang ini untuk memperbetulkan pilihan dan memastikan anda tidak tercicir daripada sistem pendidikan tinggi negara. Bertindak segera, semak semula maklumat permohonan, dan pastikan semua dokumen lengkap sebelum menghantar rayuan melalui portal rasmi UPUOnline.

Yang Berkaitan: Rayuan UPU 2025: Tinggal 2 Hari Lagi!!!

Leave a Comment