Tarikh Aidiladha 2025 Rasmi: Malaysia Rai 7 Jun (Sabtu)

Tarikh Aidiladha 2025 Rasmi


Hari Raya Korban, Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan terbesar umat Islam yang disambut setiap tahun selepas ibadah wukuf di Arafah. Masyarakat awam mungkin sudah mula bertanya, bilakah sebenarnya Tarikh Aidiladha 2025 Rasmi? Tarikhnya telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Dalam artikel ini, kami kongsikan info rasmi berkaitan tarikh sambutan, cuti umum, serta kepentingan Hari Raya Korban.



Kepentingan Hari Raya Korban

Berbeza dengan Aidilfitri yang diraikan selepas sebulan berpuasa, Aidiladha menandakan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS. Hasil pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS serta kepatuhan Nabi Ismail AS, Nabi Ismail AS digantikan dengan kibas untuk dikorbankan. Peristiwa bersejarah ini diingati oleh umat Islam melalui ibadah korban yang dilaksanakan pada hari perayaan tersebut. Perayaan ini juga berkait rapat dengan ibadah haji yang dilaksanakan sekitar waktu yang sama yang perayaan ini disambut selepas wukuf di Arafah. Ibadah haji ini menjadi simbol kesatuan umat Islam seluruh dunia.


Tarikh Aidiladha 2025 Rasmi Mengikut Takwim Islam

Berdasarkan Takwim Hijri 1446H, Tarikh Aidiladha 2025 Rasmi ialah pada 10 Zulhijjah 1446H. Untuk menentukan tarikh rasmi, 1 Zulhijjah akan ditentukan melalui cerapan anak bulan. Jika anak bulan kelihatan, maka hari tersebut ialah 1 Zulhijjah dan Hari Raya Korban ialah hari kesepuluh dari tarikh tersebut. Tarikh tersebut akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Pada tahun ini Hari Raya Korban akan diisytiharkan pada hari Selasa, 27 Mei 2025, pukul 8:00 malam di saluran TV tempatan.

Pengisytiharan tarikh Aidiladha 2025
Sumber: JAKIM

Walaupun terdapat pelbagai jangkaan bila Hari Raya Korban berdasarkan kaedah mencerap anak bulan tertentu namun di Malaysia, tarikh Hari Raya Korban tertakluk kepada pihak penguatkuasaan agama tempatan.

Kaedah penentuan tarikh Aidiladha 2025
Sumber: JAKIM

Maka, terdapat dua kemungkinan hasil daripada cerapan anak bulan pada malam 27 Mei tersebut.

  • Anak anak bulan kelihatan: Maka tarikh malam tersebut berdasarkan takwim Islam ialah 1 Zulhijjah dan 10 Zulhijjah akan jatuh pada hari Jumaat, 6 Jun 2025.
  • Anak bulan tidak kelihatan: Bulan Zulkaedah digenapkan ke 30 hari, malam berikutnya iaitu malam 28 Mei 2025 berdasarkan takwim Islam ialah 1 Zulhijjah dan 10 Zulhijjah akan jatuh pada hari Sabtu, 7 Jun 2025.
Sumber: Berita RTM

Berdasarkan kaedah cerapan anak bulan, malam berikutnya iaitu malam 28 Mei 2025 ialah 1 Zulhijjah. Maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh 10 Zulhijjah, iaitu tarikh Hari Raya Korban jatuh pada 7 Jun 2025 bersamaan hari Sabtu.

Sambutan Aidiladha lazimnya disertai dengan ibadah korban dan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya, serta aktiviti ziarah keluarga.


Hari Kelepasan Am Sempena Hari Raya Korban Berdasarkan Tarikh Aidiladha 2025

Tarikh Aidiladha 2025 Rasmi jatuh pada hari Sabtu, 7 Jun 2025, maka hari tersebut merupakan hari kelepasan am bagi seluruh negeri. Namun, bagi Hari Raya Korban yang kedua iaitu Ahad, 8 Jun 2025, hari tersebut hanya menjadi hari kelepasan am bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Negeri lain tidak mendapat kelepasan am kerana hari tersebut merupakan hari minggu, iaitu hari cuti mingguan bagi negeri-negeri tersebut.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Namun begitu, hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban akan tertakluk kepada bila tarikh bagi Hari Raya Korban mengikut kalendar Masihi.


Cuti Persekolahan Sempena Hari Raya Korban

Hari Raya Korban jatuh pada cuti persekolahan iaitu dari 29 Mei 2025 sehingga 9 Jun 2025. Maka tiada sebarang perubahan pada cuti persekolahan akibat Hari Raya Korban.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia


Penutup

Hari Raya Korban bukan sahaja memberi peluang bercuti, tetapi juga saat terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semoga sambutan tahun ini membawa keberkatan dan meningkatkan kesedaran tentang nilai pengorbanan dalam kehidupan. Perancangan yang rapi juga perlu dilakukan agar perjalanan ke kampung halaman berjalan dengan lancar.

Leave a Comment