Sumbangan Asas Rahmah 2025: Semakan Status Kelayakan


SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 kini turut disalurkan kepada penerima STR tanpa rekod dalam eKasih. Hanya dua kategori layak menerima iaitu isi rumah dan warga emas tanpa pasangan.

Bermula April 2025, bantuan ini diperluaskan kepada kumpulan yang sebelum ini tidak tersenarai dalam sistem eKasih. Ia merupakan kesinambungan inisiatif kerajaan dalam menangani kos sara hidup melalui saluran digital MyKasih. Diharapkan bahawa inisiatif yang dilakukan kerajaan ini dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu.

Golongan yang berpendapatan rendah merupakan golongan utama tumpuan kerajaan. Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka. Maka, sudah pasti menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa kehidupan mereka terbela.



Cara Semak Status Sumbangan Asas Rahmah 2025

Penerima boleh menyemak kelayakan dan baki bantuan melalui dua portal rasmi:

Sumbangan Asas Rahmah – Portal MyKasih

https://www.mykasih.com.my

Langkah Semakan:

  • Tekan [Semak Status]
  • Masukkan 12 digit MyKad
  • Isikan Captcha
  • Tekan [Semak Status]
  • Paparan: Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

Sumbangan Asas Rahmah – Portal MySTR

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Langkah Semakan:

  • Pergi ke menu [MySTR]
  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan nombor MyKad dan kata kunci keselamatan
  • Paparan akan tunjukkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
    • Status Kelayakan: Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

Prosedur Pembelian Barangan Di Pasaraya (MyKasih)

Untuk menggunakan sumbangan ini, anda perlu ikuti langkah berikut di pasaraya terpilih:

  1. Pilih Barangan Bertanda MyKasih (13 kategori)
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang
  3. Imbas Kod Barangan
  4. Bayar menggunakan MyKad + PIN 6-digit
  5. Simpan resit untuk rujukan

Nota: Jika belian melebihi baki atau tidak termasuk dalam kategori dibenarkan, bayaran perlu dibuat secara tunai.


Senarai Barangan Dibenarkan Guna MyKasih

KategoriJenama
TepungCap Sauh, Faiza, BlueKey
Bahan PerasaKimball, Planta, Jalen, Maggi
Makanan Dalam TinAyam Brand, Adabi, King Cup
MinumanMilo, Nescafe, Dutch Lady, Vico
Mee SegeraMaggi, Mi Sedap, Indo Mie
BiskutJacobs, Julies, Hup Seng
Minyak MasakAlif, Saji, Knife, Buruh
KebersihanColgate, Dettol, Kotex
Ubat-ubatanPanadol, Hurix’s, Prospan
Barangan SekolahStabilo, Canggih, Staedtler
BerasJasmine, Faiza, Cap Rambutan
RotiGardenia, Mighty White
TelurNutriplus, QL Eggs, CP

Hubungi Pihak Bertanggungjawab Berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2025

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang, hubungi:

Yang Berkaitan: Semakan Bantuan SARA 2025 : Semak Kelayakan Penerima

Leave a Comment