STR 2025: Maklumat Terkini Bagi Bulan Mei


STR 2025 kini memasuki Fasa 3, semak jumlah bantuan dan tarikh bayaran terkini di sini. STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai langsung daripada kerajaan Malaysia kepada rakyat yang layak. Program ini bertujuan meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 dan M40 melalui bayaran tunai berjadual mengikut kategori dan kelayakan. Pembahagian kategori dan kelayakan ini amat penting untuk memastikan bantuan yang diberi berkadaran dengan status kemiskinan penerima. Maka, bantuan dapat diagihkan seadil–adilnya.

Artikel ini menghimpunkan info penting mengenai bantuan ini termasuk jadual bayaran, semakan status dan jumlah bantuan mengikut kategori penerima untuk bulan Ogos 2025.


STR 2025 Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jadual Bank

Bayaran STR bagi Fasa 3 dijangka bermula pada penghujung Ogos 2025. Seperti fasa terdahulu, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut institusi kewangan.

Jangkaan tarikh masuk bayaran mengikut bank:

Nota: Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan di portal (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)


Jumlah Bayaran STR 2025 Fasa 3 Mengikut Kategori

Berikut ialah jumlah bayaran berdasarkan kategori penerima dan bilangan anak seperti dalam garis panduan rasmi kerajaan:

Nota: Jumlah ini tertakluk kepada kelulusan dan semakan kelayakan semasa.


Cara Semakan Status STR 2025

Untuk menyemak status kelayakan atau maklumat bayaran anda:

  1. Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
  3. Masukkan nombor MyKad dan kata laluan
  4. Sahkan kata kunci keselamatan
  5. Klik “Semakan Status”
  6. Jika terlupa kata laluan, klik pautan “Terlupa Kata Laluan” untuk tetapan semula.

Kaedah Pembayaran

Terdapat dua kaedah utama:

  • Kredit ke akaun bank – terus ke akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.
  • Tunai di kaunter BSN – bagi penerima tanpa akaun bank, bawa MyKad sah untuk tuntutan di BSN.

Penutup & Info Lanjut

Bantuan ini adalah antara program bantuan paling besar disalurkan oleh kerajaan. Ia meliputi hampir semua kategori rakyat yang terjejas kos sara hidup – daripada isi rumah hingga golongan bujang dan warga emas.

Untuk info lanjut, hubungi:

  • Hotline LHDN: 03-8911 1000
  • Aduan & Pertanyaan: 1-800-88-5436
  • Waktu Operasi: Isnin–Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Yang Berkaitan: Kad Pekerja Madani: Cara Semakan dan Permohonan 2025

Leave a Comment