Semakan Tawaran PISMP&PPC 2025: Semak Keputusan 19 Jun

ISI KANDUNGAN


Semakan Tawaran PISMP&PPC 2025 kini boleh dilakukan secara rasmi bermula 19 Jun 2025, jam 2:00 petang.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan tawaran kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara, boleh disemak bermula 19 Jun 2025 (Khamis).

Semakan tawaran hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi yang telah disediakan oleh KPM.


Semakan Tawaran PISMP&PPC 2025

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Calon yang memohon ke PISMP 2025 dan PPC 2025 boleh menyemak status tawaran masing-masing melalui pautan rasmi berikut:

https://pismp.moe.gov.my
Tarikh mula semakan: 19 Jun 2025, jam 2:00 petang

Pastikan maklumat peribadi dimasukkan dengan tepat untuk mendapatkan paparan status permohonan yang sah.


Apa Itu Program PISMP dan PPC?

PISMP adalah program pengajian ijazah penuh di institusi perguruan Malaysia khas untuk lepasan SPM yang cemerlang dan berminat dalam bidang pendidikan.

Manakala PPC pula memberi peluang kepada pelajar terbaik negara untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Apabila tamatnya pengajian, mereka boleh pulang dan berkhidmat dalam negara.


Kepentingan Semakan Tawaran PISMP&PPC 2025

Pelajar sudah pasti menunggu untuk megetahui keputusan sama ada mereka layak untuk memasuki program PISMP atau PPC bagi tahun 2025. Semakan secara digital pula sudah pasti memudahkan para pelajar untuk membuat semakan. Tambahan pula pada masa kini telefon pintar sudah dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar (wireless). Keputusan semakan bukan sahaja mendebarkan bagi para pelajar tetapi para ibu bapa dan pelajar yang pasti rasa teruja untuk mengetahui keputusan kemasukan memandangkan kedua-dua program ini sangat kompetitif. Keputusan ini sangat berharga bagi para pelajar dalam merangka masa depan mereka.


Implikasi dan Langkah Seterusnya

Kegagalan untuk menyemak keputusan kemasukan ke dua-dua program tersebut menunjukkan sikap acuh tidak acuh dan sikap ini mungkin akan memberi masalah besar bagi para pelajar dalam menentukan hala tuju mereka selepas SPM. Maka diharapkan pelajar membuat semakan tersebut dan membuat keputusan yang berpatutan selaras dengan keinginan serta kemampuan mereka sendiri.


Penutup

Semakan Tawaran PISMP serta PPC 2025 bukan sahaja membuka jalan kerjaya dalam bidang pendidikan, malah merupakan langkah penting ke arah melahirkan pendidik berkualiti dan pemimpin generasi akan datang.

Yang Berkaitan: Keputusan Permohonan IPTA 2025: Serta MARA BPT 2025

Leave a Comment