Semakan SARA RM100: Semak Status Kelayakan Penerima

Semakan SARA RM100


SARA RM100 2025 merupakan salah satu inisiatif penting di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu rakyat Malaysia berpendapatan rendah, terutama golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih. Dengan peningkatan jumlah bantuan kepada RM2,100 setahun bagi isi rumah, program ini kini menjadi antara bantuan paling signifikan dalam Belanjawan 2025.



Syarat Kelayakan Penerima SARA RM100 2025

Penerima mestilah memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai dalam eKasih sebagai:
    • Miskin
    • Miskin Tegar (sehingga 31 Oktober 2024)
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori:
    • Isi Rumah
    • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang
    • ATAU Bukan eKasih tetapi menerima STR 2025 kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan

Kaedah Penyaluran SARA RM100 Melalui MyKad

Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima, dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasaraya berdaftar MyKasih, termasuk:

  • Makanan asas
  • Barangan kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Kelengkapan sekolah

Pembayaran di kaunter dibuat dengan pengesahan PIN 6-digit MyKad.


Jumlah Bantuan SARA RM100 2025 Mengikut Kategori

Kategori PenerimaKadar Bantuan BulananJumlah Tahunan
Isi Rumah (eKasih)RM100 (Jan–Mac), RM200 (Apr–Dis)RM2,100
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih)RM100 (Jan–Mac), RM150 (Apr–Dis)RM1,650
Bujang (eKasih)RM50 (Jan–Dis)RM600
Isi Rumah (Bukan eKasih)RM100 (Apr–Dis)RM900
Warga Emas (Bukan eKasih)RM50 (Apr–Dis)RM450

Semakan Status SARA RM100 2025 Secara Online

Melalui Portal MyKasih

https://www.mykasih.com.my

Langkah:

  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan 12 digit nombor MyKad
  • Masukkan Captcha
  • Klik [Semak Status]
  • Paparan akan tunjukkan status:
    • Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

Melalui Portal MySTR

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Langkah:

  • Klik [MySTR] > [Semak Status]
  • Masukkan nombor MyKad
  • Masukkan kata kunci keselamatan
  • Klik [Semakan Status]
  • Maklumat seperti permohonan, pembayaran dan status kelayakan akan dipaparkan

Rujukan Rasmi & Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SARA RM100 2025, sila hubungi:

  • Talian Bantuan MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • E-mel Rasmi: info@mykasih.com

Yang Berkaitan: Semakan SARA RM100 2025 : Semak Status Kelayakan Penerima

Leave a Comment