Semakan eKasih 2025: Semakan Kelayakan Penerima MyKasih


SEMAKAN EKASIH 2025 boleh dilakukan untuk mengetahui status kelayakan. EKASIH 2025 merupakan antara program bantuan sosial yang penting untuk rakyat Malaysia, khususnya golongan B40. Melalui inisiatif ini, penerima akan menerima sumbangan asas Rahmah (SARA) yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya terpilih. Melalui bantuan ini, beban golongan yang tidak berkemampuan dapat diringankan.

Artikel ini menerangkan SEMAKAN EKASIH 2025, tatacara permohonan dan senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini.


Cara Semakan eKasih 2025

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan, semakan boleh dibuat melalui dua portal utama.

1. Semakan Melalui Portal MyKasih

  1. Layari Portal MyKasih (https://www.mykasih.com.my/)
  2. Klik menu [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKad
  4. Masukkan kod captcha
  5. Klik [Semak Status]
  6. Paparan akan menunjukkan status seperti:
    “Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih”

2. Semakan Melalui Portal MySTR

  1. Layari Portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
  2. Klik [MySTR] > [Semak Status]
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Sahkan kata kunci keselamatan
  5. Paparan status kelayakan dan maklumat bayaran akan dipaparkan

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA

Berikut adalah antara jenama dan kategori barang yang boleh dibeli melalui program e kasih 2025:

  • Tepung: Cap Sauh, Lili, Faiza, BlueKey
  • Minuman: Milo, Dutch Lady, Tea Boh, Nescafe, Marigold
  • Mee Segera: Maggi, Mamee, Mi Sedap, Indo Mie
  • Minyak Masak: Saji, Alif, Vesawit, Knife
  • Produk Kebersihan: Colgate, Detol, Kotex
  • Ubat-ubatan: Panadol, Hurix’s, Prospan
  • Beras: Jasmine, Jati, Cap Rambutan
  • Telur & Roti: QL Eggs, Gardenia, Massimo
  • Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, Adabi, TC Boy
  • Barangan Sekolah: Bata, Staedtler, Faber-Castell

Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan sahaja, dan tidak boleh ditebus dalam bentuk tunai.

Penting Untuk Diketahui

  • Bantuan diagihkan melalui nombor MyKad, tanpa perlu kad khas.
  • Setiap transaksi direkodkan secara automatik dalam sistem.
  • Program ini terbuka kepada penerima SARA yang layak sahaja mengikut rekod eKasih dan STR.

Rujukan & Bantuan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi:

  • Talian MyKasih: (603) 7720 1800 / 1900
  • E-mel: info@mykasih.com

Yang Berkaitan: Permohonan Lesen Memandu Percuma: Syarat & Cara Daftar

Leave a Comment