Semakan Bantuan SARA 2025
BANTUAN SARA 2025 adalah inisiatif terkini kerajaan Malaysia untuk membantu golongan kurang berkemampuan melalui penyaluran bantuan barangan asas secara bersasar menggunakan sistem MyKasih. Dana bantuan ini dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima, menjadikan proses pembelian lebih mudah dan telus.
Syarat Kelayakan Bantuan SARA 2025
Untuk melayakkan diri menerima BANTUAN SARA 2025, penerima mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Berstatus eKasih (Miskin / Miskin Tegar sehingga 31 Oktober 2024)
- Penerima STR 2025 – kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tanpa Pasangan
- Atau tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah walaupun bukan dalam eKasih
Semakan Status Bantuan SARA 2025
Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui dua portal rasmi berikut:
Melalui Portal MyKasih
- Layari: https://www.mykasih.com.my
- Klik [Semak Status]
- Masukkan nombor MyKad (12 digit)
- Masukkan Captcha
- Klik Semak Status
- Status akan dipaparkan seperti:
- Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
Melalui Portal MySTR
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik [Semak Status]
- Masukkan nombor MyKad & log masuk
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan
- Klik [Semakan Status]
- Paparan maklumat:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelulusan bantuan MyKasih
Cara Membuat Pembelian Di Pasaraya Dengan Bantuan SARA 2025
Berikut ialah langkah-langkah membeli barangan asas menggunakan bantuan BANTUAN SARA 2025:
- Pilih Barangan Berlabel MyKasih (13 kategori produk)
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan juruwang
- Imbas Kod Barangan – hanya barang dalam senarai dibenarkan
- Masukkan PIN MyKad (6 digit) untuk transaksi
- Simpan Resit untuk semakan dan rekod
Nota: Pembelian melebihi had baki atau barang tidak layak perlu dibayar secara tunai.
Senarai Barangan Diluluskan Di Bawah Bantuan SARA 2025
Berikut ialah antara jenama dan kategori produk yang diluluskan:
- Tepung: Cap Sauh, Lili, Faiza, Cap Ros
- Minuman: Milo, Nescafe, Horlicks, Marigold
- Mee Segera: Maggi, Mamee, Mi Sedap
- Minyak Masak: Saji, Alif, Buruh, Knife
- Ubat-ubatan: Panadol, Prospan, Sterimar
- Produk Kebersihan: Colgate, Kotex, Dettol
- Barangan Sekolah: Stabilo, Canggih, Staedtler
- Beras & Roti: Faiza, Jasmine, Gardenia, Mighty White
- Biskut & Tin Makanan: Tiger, Ayam Brand, King Cup
Rujukan & Bantuan Lanjut
Talian Bantuan MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Emel: info@mykasih.com
Portal: www.mykasih.com.my
Yang Berkaitan: Semakan Bantuan eKasih 2025 : Semak Layak Atau Tidak