Semakan Bantuan Sabah 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat dijangka memberi manfaat kepada 100,000 penduduk miskin dan miskin tegar di Sabah. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan B40 menjelang fasa kedua pelaksanaan pada tahun ini. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah menghadapi situasi ekonomi yang tidak tertentu, harga barang yang sentiasa meningkat naik serta perang perdagangan antara kuasa-kuasa besar.
Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat penting termasuk objektif program, syarat kelayakan, dan panduan semakan bantuan sabah 2025 secara dalam talian.
Apakah Itu Bantuan Sabah 2025 RM900?
BANTUAN SABAH 2025 RM900 adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Sabah menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat. Ia disalurkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan bertujuan menyalurkan bantuan kewangan secara berperingkat kepada rakyat yang layak, terutama menjelang musim perayaan utama.
Objektif Bantuan
- Meringankan beban hidup golongan miskin dan miskin tegar di Sabah
- Menyediakan bantuan tunai bagi pembelian keperluan asas harian
- Menurunkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini
- Mewakili keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib rakyat
Syarat Kelayakan Bantuan
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
- Pemegang Kad Pengenalan Sabah berstatus ‘H’
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam eKasih atau Sistem PADANS sebagai Miskin/Miskin Tegar
- KIR yang tidak tersenarai tetapi berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Semakan Bantuan Sabah 2025 Secara Online
Semakan boleh dilakukan seperti berikut:
- Layari laman web rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad anda
- Klik butang “Semak”
- Paparan status kelayakan akan ditunjukkan
Nota: Semakan terbuka kepada semua pemohon berstatus miskin atau miskin tegar yang memenuhi syarat kelayakan.
Penutup
Golongan yang berpendapatan rendah merupakan golongan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, sama ada kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Maka, bantuan ini merupakan komitmen kerajaan negeri Sabah dalam memastikan golongan ini terbela dan tidak dibiarkan begitu sahaja.
Rujukan & Bantuan
- Talian Hotline: 088 338 338
- WhatsApp: 010 582 8207
- Portal Rasmi: https://padans.sabah.gov.my
Yang Berkaitan: Permohonan Lesen Memandu Percuma: Syarat & Cara Daftar