Semak Status MyKasih 2025
MYKASIH 2025 ialah program bantuan tunai bersasar yang bertujuan membantu golongan B40 dan penerima STR membeli barangan keperluan asas. Bantuan diagihkan terus melalui MyKad dan hanya boleh digunakan di pasar raya atau kedai berdaftar yang mempunyai label MyKasih.
Bantuan ini bermatlamatkan untuk meringankan beban bagi golongan yang berpendapatan rendah. Golongan yang beroendapatan rendah ialah golongan yang pendapatannya tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan hariannya. Maka, untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlu masuk campur untuk memastikan perbelenjaan harian golongan yang berpendapatan rendah dapat dipenuhi.
Golongan yang berpendapatan rendah perlu dibantu oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana jika golongan ini tidak mampu memenuhi keperluan asas kerana halangan pendapatan, hal ini akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Keperluan asas yang tidak mencukupi terutamanya makanan asas boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan kekurangan khasiat, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Selain itu, terdapat kes golongan kanak-kanak yang tidak dapat meneruskan pendidikan mereka kerana kekangan kewangan dalam menampung perbelanjaan persekolahan atau membantu keluarga untuk menambah pendapatan.
Kanak-kanak perlu dipastikan untuk mendapat pendidkan yang mencukupi. Jika mereka tidak mendapat pendidikan yang menculupi ruang peluang pekerjaaan mereka adalah terhad. Apabila ruang pekerjaan mereka adalah terhad, sumber pendapatan mereka adalah terhad dan tidak akan mampu memenuhi keperluan asas bagi diri dan keluarga. Hal inilah yang mengakibatkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk keluar dari kitaran kemiskinan tersebut.
Maka, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam memenuhi keperluan asas.
ISI KANDUNGAN
Semak Status Mykasih 2025 Secara Dalam Talian
Penerima boleh menyemak status kelayakan dan baki bantuan MYKASIH 2025 melalui dua portal rasmi:
Portal Rasmi MyKasih
Langkah-langkah:
- Klik butang [Semak Status]
- Masukkan 12 digit nombor MyKad
- Isikan Captcha
- Klik [Semak Status]
- Paparan status seperti: Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
Portal Rasmi MySTR
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah-langkah:
- Pergi ke ruangan [MySTR]
- Klik [Semak Status]
- Masukkan nombor MyKad
- Isikan kata kunci keselamatan
- Klik [Semakan Status]
- Paparan akan tunjukkan maklumat permohonan, pembayaran dan kelayakan
Jumlah Bantuan Mykasih 2025 Mengikut Kategori Penerima
STR 2025 (Miskin/Miskin Tegar eKasih)
| Kategori | Bantuan Bulanan | Jumlah Tahunan |
| Isi Rumah | RM100 (Jan–Mac), RM200 (Apr–Dis) | RM2,100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Jan–Mac), RM150 (Apr–Dis) | RM1,650 |
| Bujang | RM50 (Jan–Dis) | RM600 |
STR Sahaja (Bukan eKasih)
| Kategori | Bantuan Bulanan | Jumlah Tahunan |
| Isi Rumah | RM100 (Apr–Dis) | RM900 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (Apr–Dis) | RM450 |
Panduan Pembelian Barangan Di Pasaraya Jika Semak Status Mykasih 2025 Adalah Berjaya
Untuk menggunakan bantuan, penerima perlu:
- Pilih barangan berlabel MyKasih dari rak tanda harga
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang
- Imbas kod barangan
- Masukkan PIN 6-digit pada mesin pembayaran
- Simpan resit sebagai rujukan
Pembelian melebihi baki bantuan atau barangan yang tidak dibenarkan mesti dibayar tunai.
Senarai Barangan Dibenarkan (Label SARA MyKasih)
| Kategori | Contoh Jenama |
| Tepung | Cap Sauh, Faiza, BlueKey |
| Bahan Perasa | Maggi, Planta, Jalen |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand, TC Boy |
| Minuman | Milo, Nescafe, Vico |
| Mee Segera | Maggi, Mi Sedap, Indo Mie |
| Biskut | Hup Seng, Julies, Jacobs |
| Minyak Masak | Saji, Alif, Vesawit |
| Kebersihan | Colgate, Dettol, Kotex |
| Ubat-Ubatan | Panadol, Prospan, Hurix’s |
| Barangan Sekolah | Canggih, Stabilo, Bata |
| Beras | Jasmine, Faiza, Cap Rambutan |
| Roti | Gardenia, Mighty White |
| Telur | Nutriplus, QL Eggs, CP |
Rujukan Dan Maklumat Lanjut Untuk Semak Status Mykasih 2025
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai MYKASIH 2025, sila hubungi:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel: info@mykasih.com
Yang Berkaitan: Semakan Barang MyKasih 2025: Semak Status Kelayakan