Semak SARA Terkini 2025: Semakan Kelayakan Penerima

Semak SARA Terkini 2025


SARA 2025 (Sumbangan Asas Rahmah) diteruskan sebagai bantuan bulanan tanpa tunai yang disalurkan terus ke dalam MyKad penerima. Kelayakan terkini merangkumi kategori miskin dan miskin tegar eKasih serta penerima STR (isi rumah dan warga emas tiada pasangan) bermula April 2025.

Golongan miskin dan miskin tegar merupakan golongan yang amat memerlukan perhatian daripada kerajaan. Golongan ini terdedah dengan pelbagai masalah seperti masalah kesihatan fizikal dan mental, golongan kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah, penglibatan dengan pelbagai masalah sosial dan jenayah serta masalah-masalah lain.

Maka, amat penting bagi kerajaan untuk memastikan bahawa keperluan asas mereka adalah terjaga. Keperluan asas yang terjaga akan memastikan bahawa taraf kehidupan mereka terjaga dan terbela. Sedikit sebanyak dapat menghindarkan diri mereka untuk terlibat dengan pelbagai gejala sosial.

Permasalahan yang berkaitan dengan golongan miskin dan miskin tegar merupakan isu utama bagi mana-mana kerajaan. Kerajaan Malaysia juga tidak lari daripadanya. Maka SARA ini adalah antara inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan golongan miskin dan tegar. Kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan yang memastikan golongan miskin dan golongan miskin tegar tidak dibiarkan begitu sahaja.



Semak SARA Terkini 2025 – Cara Semakan Status Penerima

Penerima boleh menyemak status dan jumlah bantuan SARA 2025 melalui dua portal rasmi:

Portal MyKasih

https://www.mykasih.com.my

Langkah-langkah:

  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan 12 digit nombor MyKad
  • Isikan Captcha
  • Klik [Semak Status]
  • Paparan akan tunjukkan:
    • Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

Portal MySTR

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Langkah-langkah:

  • Klik menu [MySTR], kemudian klik [Semak Status]
  • Masukkan nombor MyKad
  • Masukkan kata kunci keselamatan
  • Klik [Semakan Status]
  • Maklumat dipaparkan termasuk:
    • Semakan Permohonan
    • Status Pembayaran & Kelayakan

Jumlah Penyaluran Mengikut Kategori Jika Semak SARA Terkini 2025 adalah Berjaya

Kategori PenerimaBantuan BulananJumlah Tahunan
Isi Rumah (eKasih)RM100 (Jan–Mac), RM200 (Apr–Dis)RM2,100
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih)RM100 (Jan–Mac), RM150 (Apr–Dis)RM1,650
Bujang (eKasih)RM50 (Jan–Dis)RM600
Isi Rumah (Bukan eKasih)RM100 (Apr–Dis)RM900
Warga Emas (Bukan eKasih)RM50 (Apr–Dis)RM450

Cara Pembelian Barangan Guna SARA MyKasih 2025

  1. Pilih barangan dari 13 kategori yang dilabel MyKasih
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang
  3. Juruwang imbas barangan
  4. Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan transaksi
  5. Simpan resit untuk semakan semula

Nota: Barangan tidak dilabel atau melebihi baki perlu dibayar tunai.


Senarai Barangan Dibenarkan SARA Mykasih 2025

KategoriJenama Contoh
TepungCap Sauh, Faiza, BlueKey
Perasa MasakanMaggi, Planta, Jalen
Makanan Dalam TinAyam Brand, Adabi, King Cup
MinumanMilo, Nescafe, Horlicks
Mee SegeraMaggi, Mi Sedap, Indo Mie
BiskutJulies, Jacobs, Hup Seng
Minyak MasakSaji, Alif, Vesawit
KebersihanColgate, Dettol, Kotex
Ubat-UbatanPanadol, Prospan, Hurix’s
Barangan SekolahCanggih, Staedtler, Faber-Castell
BerasJasmine, Faiza, Cap Rambutan
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurQL Eggs, Nutriplus, CP

Hubungi Untuk Pertanyaan Lanjut Berkaitan Semak SARA Terkini 2025

Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai SARA 2025, sila hubungi:

  • Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel Rasmi: info@mykasih.com

Yang Berkaitan: Bantuan Dalam IC 2025: Semakan Status Layak atau Tidak

Leave a Comment