Semak Bantuan Rahmah 2025 : Sama Ada Layak Atau Tidak

Semak Bantuan Rahmah 2025


BANTUAN ASAS RAHMAH 2025 adalah antara inisiatif utama Kerajaan Madani bagi memastikan kesaksamaan dalam ekonomi dengan memberi bantuan keperluan asas kepada rakyat berkelayakan. Bantuan ini adalah salah satu inisiatif untuk membela orang yang tidak berkemampuan agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Antara matlamat bantuan ini ialah untuk membolehkan golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan keperluan asas tanpa memerlukan diri mereka membelanjakan wang yang banyak untuk memenuhi keperluan tersebut. Hal ini demikian, dengan harga barangan yang tidak menentu, pendapatan golongan ini dibimbangi tidak dapat menampung perbelanjaan keperluan harian. Maka, golongan yang berpendapatan rendah ini tidak memerlukan membelanjakan wang yang banyak untuk memenuhi keperluan harian kerana sebahagiannya telah ditanggung kerajaan melalui bantuan ini.

Selain daripada membolehkan golongan yang berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan harian mereka, bantuan ini juga merupakan suatu bentuk perbelanjaan yang berhemah. Hal ini demikian kerana perbelanjaan kerajaan dapat disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan. Sistem bantuan yang tidak cekap akan menyebabkan bantuan disalurkan kepada orang yang tidak memerlukannya.



Semak Bantuan Asas Rahmah 2025 Untuk Mengetahui Status Penerima

Untuk memastikan anda tergolong dalam penerima BANTUAN ASAS RAHMAH 2025, dua portal rasmi disediakan untuk semakan status dan baki bantuan:

Portal MyKasih

https://www.mykasih.com.my

Langkah-langkah:

  • Klik butang [Semak Status] di laman utama.
  • Masukkan 12 digit nombor MyKad.
  • Isikan Kod Captcha.
  • Klik [Semak Status].
  • Paparan status: Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

Portal MySTR

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Langkah-langkah:

  • Klik bahagian [Semak Status].
  • Masukkan nombor MyKad dan kata kunci keselamatan.
  • Paparan status kelayakan dan maklumat bayaran akan ditunjukkan:
    Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

Cara Membeli Barangan Keperluan MyKasih di Pasaraya Jika Semak Bantuan Asas Rahmah 2025 Adalah Berjaya

Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli 13 kategori barangan asas dengan label MyKasih:

Langkah-langkah:

  1. Pilih barangan bertanda MyKasih.
  2. Tunjukkan MyKad untuk pengesahan oleh juruwang.
  3. Imbas barangan yang ingin dibeli.
  4. Bayar menggunakan MyKad + PIN 6 digit.
  5. Simpan resit untuk semakan.

Jika pembelian melebihi baki atau di luar kategori yang dibenarkan, penerima perlu membayar secara tunai.


Senarai Barangan Layak Dibeli (Label SARA MyKasih)

Berikut ialah senarai barangan keperluan asas yang diluluskan:

KategoriJenama
TepungCap Sauh, Faiza, BlueKey
Perasa MasakanKimball, Life, Jalen, Planta
Makanan TinAyam Brand, Adabi, TC Boy
MinumanMilo, Dutch Lady, Nescafe, Vico
Mee SegeraMaggi, Mi Sedap, Mamee
BiskutJulies, Munchys, Jacobs
Minyak MasakSaji, Alif, Buruh, Knife
Produk KebersihanColgate, Kotex, Dettol
Ubat-ubatanPanadol, Hurix’s, Prospan
Alat Tulis / SekolahStabilo, Faber-Castell, Bata
BerasJasmine, Faiza, Cap Rambutan
RotiGardenia, Massimo
TelurNutriplus, QL Eggs

Hubungi Untuk Pertanyaan Untuk Semak Bantuan Rahmah 2025

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BANTUAN ASAS RAHMAH 2025, sila hubungi:

Yang Berkaitan: Semakan Mykasih Terkini 2025 : Semak Kelayakan Online

Leave a Comment