SARA RM100 2025: Periksa Status Layak Atau Tidak


SARA RM100 2025 merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Tunai Bulanan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat, khususnya golongan B40 dan miskin tegar, menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak, dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak, roti dan makanan kering. Pembelian hanya boleh dibuat di pasar raya dan kedai runcit terpilih di bawah sistem MyKasih, yang menjamin penggunaan yang telus dan berfokus.



Semakan Status Penerima SARA RM100 2025

Semakan status bantuan bantuan boleh dilakukan melalui dua portal rasmi secara dalam talian:

Portal MyKasih

  • Layari: https://www.mykasih.com.my
  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan 12 digit nombor MyKad
  • Masukkan kod Captcha
  • Klik [Semak Status]
  • Status akan dipaparkan seperti:
    Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

Portal MySTR

  • Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan nombor MyKad
  • Jawab kata kunci keselamatan
  • Klik [Semakan Status]
  • Paparan termasuk:
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran
    • Status kelayakan

Cara Membeli Barangan SARA RM100 2025 Di Pasaraya

Untuk menggunakan bantuan ini, ikuti panduan berikut:

  1. Pilih barangan berlabel MyKasih daripada 13 kategori dibenarkan.
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang.
  3. Juruwang akan imbas kod barangan yang diluluskan.
  4. Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan transaksi.
  5. Simpan resit pembelian untuk semakan.

Barangan yang tidak termasuk dalam kategori atau melebihi baki bantuan perlu dibayar secara tunai.


Senarai Barangan Keperluan Asas SARA RM100 2025

KategoriJenama Disyorkan
TepungCap Sauh, Cap Lili, Faiza
PerasaMaggi, Jalen, Kimball
Makanan TinAyam Brand, King Cup, TC Boy
MinumanMilo, Dutch Lady, Nescafe
Mee SegeraMaggi, Mamee, Mi Sedap
BiskutJulies, Chipsmore, Hup Seng
Minyak MasakSaji, Alif, Vesawit
Produk KebersihanColgate, Dettol, Kotex
Ubat-ubatanPanadol, Hurix’s, Sterimar
Barangan SekolahStaedtler, Faber-Castle, Bata
BerasJasmine, Jati, Faiza
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurNutriplus, QL Eggs, CP

Rujukan Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila hubungi:


Kesimpulan

Bantuan ini merupakan satu langkah proaktif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah menangani tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi. Dengan pelaksanaan bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad, ia bukan sahaja menjamin ketelusan, malah memastikan bantuan digunakan untuk tujuan yang betul iaitu pembelian barangan asas. Program ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat yang terjejas ekonomi, khususnya mereka yang tersenarai dalam kategori miskin dan miskin tegar. Diharapkan inisiatif ini dapat terus diperluaskan dan ditambah baik agar lebih ramai rakyat menerima manfaat serta hidup dalam keadaan lebih stabil dan sejahtera.

Yang Berkaitan: Periksa PLKN 2025: Semakan Status Kelayakan

Leave a Comment