Rawatan Percuma Selangor: Mohon Bantuan Sihat Selangor
Akses perubatan merupakan keperluan bagi setiap insan. Kemudahan akses perubatan menjamin kesihatan masyarakat. Malah, kesukaran untuk mendapat akses perubatan boleh menyebabkan komplikasi penyakit yang berpanjangan hasil daripada kelewatan dalam mendapatkan rawatan. Hal ini mungkin berpunca dari kedudukan kewangan yang tidak memungkinkan untuk menampung kos rawatan perubatan. Maka, adakah anda rakyat Selangor yang memerlukan rawatan percuma Selangor? Program Bantuan Sihat Selangor 2025 menawarkan rawatan kesihatan percuma sehingga RM5,000 khusus untuk golongan B40 yang layak. Dengan inisiatif ini, kerajaan negeri Selangor memastikan lebih ramai mendapat akses perubatan berkualiti tanpa beban kewangan yang tinggi.
Apa Itu Bantuan Sihat Selangor?
Bantuan Sihat Selangor (BSS) adalah program kebajikan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah memohon rawatan percuma sebanyak RM5000 untuk pelbagai kategori perubatan. Sejak dilancarkan pada 2009, program ini berkembang menawarkan bantuan katarak, pembedahan kecil, prostetik, rawatan tibi, fisioterapi, dan rawatan kanser.
Syarat Kelayakan Permohonan
Untuk memohon Bantuan Sihat Selangor (BSS), anda perlu:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau bermastautin >10 tahun
- Pendapatan isi rumah <RM3,000
- Keutamaan diberikan kepada:
- Pemohon yang tiada bantuan lain
- Mempunyai tanggungan ramai / ahli keluarga sakit / OKU
- Ketua keluarga meninggal dunia
- Rawatan di hospital kerajaan sahaja
- Permohonan hanya sekali setahun
Tidak layak jika:
- Penjawat awam & keluarga (rujuk Pekeliling Perkhidmatan 21/2009)
- Penerima PEKA B40
- Permohonan ubat hospital, kos perjalanan, atau rawatan sudah dibayar
Jenis Bantuan Rawatan Percuma Selangor (2025)
Jenis Bantuan | Had Bantuan |
---|---|
Katarak Mata | RM1,200 |
Pembedahan Kecil | RM5,000 |
Prostetik (Kaki Palsu) | RM5,000 |
Rawatan Tibi | RM800 |
Lain-lain Rawatan | RM5,000 |
Rawatan mesti dilakukan di hospital kerajaan dan bayaran dibuat terus kepada hospital atau pembekal.
Cara Mohon Rawatan Percuma
- Layari portal Bantuan Sihat Selangor
- Daftar Akaun Baharu atau log masuk
- Isi borang permohonan lengkap
- Muat naik dokumen sokongan (IC, surat doktor, slip gaji, bil utiliti)
- Hantar permohonan dan tunggu notifikasi status melalui emel atau SMS
Tarikh Permohonan:
Dibuka 2 Januari 2025, ditutup 31 Disember 2025. Semua permohonan perlu dilakukan secara online.
Hubungi Jika Perlu Bantuan
Jika anda perlukan maklumat lanjut atau mempunyai pertanyaan:
- Talian Hotline: 1-800-22-6600
- E-mel Rasmi: bssprovider@selcare.com
Penafian
Kandungan ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat awam sahaja. Kami tidak mewakili mana-mana agensi rasmi, dan tidak mengutip data pelawat atau mengenakan sebarang bayaran.
Sumber maklumat rasmi:
- Portal Bantuan Sihat Selangor
- Pengumuman rasmi Kerajaan Negeri Selangor
Yang Berkaitan: Bantuan SYUKUR 2025: Semakan Bantuan Dalam Talian