PLKN 3.0 2025
Kerajaan secara rasmi mengumumkan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam versi baharu dikenali sebagai PLKN 3.0 2025, bermula tahun ini. Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat pada 24 Jun 2024 dengan penekanan kepada semangat patriotik, perpaduan nasional dan jati diri anak muda Malaysia.
Pelaksanaan PLKN kali ini menampilkan format yang diperbaharui dan lebih ringkas. Program dijalankan di kem tentera terpilih melibatkan 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik. Semakan PLKN 2025 online boleh dilakukan dengan mudah dengan mengikuti panduan di bawah.
Pengenalan PLKN Sesi 3.0 2025
PLKN 3.0 membawa pendekatan yang lebih moden, ringkas dan fokus kepada pembentukan sahsiah diri serta pembangunan belia yang berkualiti. Program ini disasar untuk belia berumur 18 hingga 35 tahun, termasuk lepasan SPM.
Antara objektif pelaksanaan:
- Menggalakkan penyertaan sukarela belia
- Mendedahkan peserta kepada latihan ketenteraan asas
- Memberi latihan fizikal dan mental dalam suasana terkawal
Manfaat PLKN 3.0 Kepada Peserta
Peserta yang menyertai PLKN 3.0 bakal memperoleh manfaat berikut:
- Membentuk jati diri dan nilai murni
- Meningkatkan semangat patriotisme dan kenegaraan
- Menyuburkan semangat kesukarelawanan
- Memperkasa kemahiran kepimpinan dan komunikasi
- Menyatupadukan belia pelbagai kaum
- Membina jaringan sosial dan kerjaya
- Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental
Syarat Kelayakan Peserta PLKN 3.0
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun
- Lepasan SPM
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini
Semakan Tarikh & Lokasi Program PLKN 3.0
Siri 1
12 Januari – 25 Februari 2025
Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur
Siri 2
11 Mei – 24 Jun 2025
Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL & Kem Rejimen 505, Pekan, Pahang
Siri 3
7 September – 21 Oktober 2025
Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL & Kem Rejimen 505, Pekan, Pahang
Semakan Status Permohonan PLKN 3.0 Online
Berikut ialah langkah semakan untuk mengetahui sama ada anda terpilih ke PLKN sesi ini:
Portal Rasmi JLKN
Langkah Semakan:
- Layari portal di atas
- Klik pada “Semakan Status PLKN”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (12 digit)
- Klik “Semak”
- Paparan akan menunjukkan status kelayakan anda
Makluman Kepada Peserta Yang Terpilih
Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui:
- E-Mel rasmi yang didaftarkan semasa permohonan
- Surat Panggilan Rasmi daripada pihak JLKN
Jika anda tidak menerima sebarang makluman, anda masih berpeluang untuk dipanggil ke siri PLKN seterusnya selagi belum mencecah usia 35 tahun.
Rujukan & Pertanyaan Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 2025, sila hubungi:
Talian Rasmi JLKN: +603-4019 9999
E-mel: mindef@mod.gov.my
Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my
Yang Berkaitan: Bantuan IC RM100: Semakan Status Kelayakan 2025