No Plate Terkini JYD JPJ Johor kini dibuka secara rasmi melalui platform dalam talian JPJeBid!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu mengumumkan pembukaan bidaan bagi Siri JYD bermula 23 Jun 2025 hingga 27 Jun 2025, dengan tarikh keputusan diumumkan pada 28 Jun 2025. Tawaran bidaan ini boleh diakses melalui sistem eBid rasmi JPJ.
Orang ramai, khususnya pemilik kenderaan dan pengumpul nombor plat istimewa, digalakkan mengambil peluang untuk membida secara sah dan telus melalui portal digital yang disediakan.
Bila No Plate Terkini JYD JPJ Johor Dibuka?

Berikut adalah jadual rasmi:
- Tarikh Buka: 23 Jun 2025
- Tarikh Tutup: 27 Jun 2025 (jam 10:00 malam)
- Tarikh Keputusan: 28 Jun 2025
- Laman Bidaan: https://jpjebid.jpj.gov.my
Bidaan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui sistem JPJeBid. Pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membida nombor pilihan.
Kenapa Penting Sertai No Plate Terkini JYD JPJ Johor?
Siri nombor pendaftaran khas unik sering menjadi pilihan ramai kerana keunikannya yang tersendiri. Pemilik perniagaan, syarikat korporat, atau individu yang mahukan penjenamaan tersendiri boleh manfaatkan bidaan ini sebagai sebahagian daripada strategi imej dan prestij.
Nombor pendaftaran khas ini melambangkan identiti yang tersendiri dan unik. Maka tidak hairanlah bahawa ada yang sanggup membelanjakan wang yang besar untuk mendapat siri nombor pendaftaran tertentu. Malah, JPJ juga mendapat kebaikan melalui bidaan siri pendaftaran khas ini. JPJ dapat menambahkan sumber pendapatan mereka selain daripada kompaun dan denda. Hasil daripada bidaan nombor pendaftaran ini juga agak tinggi kerana kesanggupan sesetengah pemilik perniagaan, syarikat korporat, atau individu membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan nombo pemdaftaran khas yang tertentu.
Siri khas yang unik atau mempunyai nilai sentimental sering mendapat sambutan luar biasa, dengan bidaan mencecah puluhan ribu ringgit bagi satu nombor.
Cara Sertai Bidaan No Plate Terkini JYD JPJ Johor
Langkah ringkas membida nombor pendaftaran kenderaan ialah melalui JPJeBid iaitu dengan mendaftar akaun pengguna serta log masuk di https://jpjebid.jpj.gov.my
Maklumat Lanjut dan Talian Bantuan
Talian Khas: +607-3606060 Ext: 6129/6093
Waktu Operasi Talian: 8:00 pagi – 5:00 petang
Laman Web Rasmi: www.jpj.gov.my
Aplikasi JPJeBid juga boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store untuk kemudahan pengguna mudah alih.
Yang Berkaitan: No Plate Terkini TDD: Bidaan No Kenderaan oleh JPJ Terengganu