MyKasih 2025 RM200 Sebulan: Semakan Status Kelayakan

MyKasih 2025 RM200 Sebulan


Ketahui syarat kelayakan, cara semakan status dan senarai barangan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih 2025 yang disalurkan secara bulanan terus ke dalam MyKad anda. Bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40, warga emas tiada pasangan, bujang berpendapatan rendah dan penerima yang berdaftar dalam sistem eKasih.

Untuk mengetahui kelayakan, anda boleh membuat semakan secara atas talian melalui dua portal rasmi iaitu Portal MyKasih dan Portal MySTR. Semakan hanya memerlukan nombor MyKad dan pengesahan Captcha atau soalan keselamatan. Jika layak, bantuan akan terus dikreditkan ke dalam MyKad dan boleh digunakan bagi pembelian barangan asas di pasar raya terpilih.

Barangan yang dibenarkan termasuk makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, susu, makanan dalam tin, roti, minuman, biskut serta barangan kebersihan diri dan ubat-ubatan ringan. Pembelian hanya boleh dilakukan bagi produk yang tersenarai dan juruwang akan mengesahkan transaksi menggunakan MyKad anda. Dengan cara ini, bantuan dapat digunakan secara berhemah dan sampai kepada tujuan yang sebenar.



Semakan Status Penerima MyKasih 2025 RM200 Sebulan

Bantuan ini merupakan bantuan tunai yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima untuk digunakan membeli barangan asas di pasaraya terpilih. Penerima boleh semak status bantuan melalui dua portal rasmi:

Semakan melalui Portal MyKasih:

  1. Layari: https://www.mykasih.com.my
  2. Klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit Nombor MyKad dan Kod Captcha
  4. Klik [Semak Status]
  5. Paparan status:
    [Lulus Bantuan SARA MyKasih 2025]

Semakan melalui Portal MySTR:

  1. Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik [Semak Status] di bahagian MySTR
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  4. Jawab Kata Kunci Keselamatan
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Paparan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
    • Status Kelayakan

Jumlah Bantuan MyKasih 2025 RM200 Sebulan Mengikut Kategori Penerima

Penerima STR 2025 (eKasih – Miskin/Miskin Tegar)

KategoriKadar Bantuan
Isi RumahRM2,100 (RM100 Jan–Mac, RM200 Apr–Dis)
Warga EmasRM1,650 (RM100 Jan–Mac, RM150 Apr–Dis)
BujangRM600 (RM50 sepanjang tahun)

Penerima STR 2025 (Bukan eKasih)

KategoriKadar Bantuan
Isi RumahRM900 (RM100 Apr–Dis)
Warga EmasRM450 (RM50 Apr–Dis)

Senarai Barangan MyKasih Yang Boleh Dibeli Dengan RM200 Sebulan

Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli produk asas dalam 13 kategori yang dilabel MyKasih. Antara barangan dibenarkan termasuk:

KategoriContoh Jenama
TepungCap Sauh, Faiza, BlueKey
MinumanMilo, Tea Boh, Dutch Lady, Nescafe
Minyak MasakSaji, Alif, Vesawit, Daisy
Mee SegeraMaggi, Mi Sedap, Cintan, Mamee
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurNutriplus, QL Eggs, CP
Makanan Dalam TinAyam Brand, Adabi, Kimball, King Cup
BiskutMunchy’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng
Produk KebersihanColgate, Kotex, Dettol
Ubat-UbatanPanadol, Hurix’s, Prospan
Bahan PerasaMaggi, Jalen, Sos Puteri, Faiza
Barangan SekolahStabilo, Faber-Castle, Staedtler
BerasJasmine, Jati, Cap Rambutan

Cara Pembelian Guna MyKad Di Pasaraya

  1. Pilih barangan keperluan – Pastikan barangan ada label MyKasih.
  2. Tunjukkan MyKad – Juruwang akan semak kelayakan bantuan.
  3. Imbas barang – Hanya produk yang diluluskan boleh diimbas.
  4. Masukkan PIN MyKad – 6-digit untuk sahkan pembelian.
  5. Simpan resit pembelian – Untuk rujukan dan bukti transaksi.

Jika jumlah pembelian melebihi nilai bantuan atau tidak dalam kategori yang dibenarkan, perbezaan perlu dibayar secara tunai.


Rujukan Rasmi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  • Talian Bantuan MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • E-mel: info@mykasih.com

Yang Berkaitan: Semakan MyKasih RM100 Sebulan: Semakan Status Kelayakan

Leave a Comment