Konsert Inteam: Cara ke Zepp KL untuk “Kasih Kekasih”

Konsert Inteam


Dalam masa hanya dua jam selepas jualan dibuka, konsert ini telah mencatat sejarah apabila tiketnya habis dijual sepenuhnya. Konsert yang bertajuk Kasih Kekasih ini dijadualkan berlangsung pada 27 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Artikel ini akan memberi panduan umum bagaimana untuk ke Zepp KL menggunakan pengangkutan awam bagi peminat Inteam yang berjaya menempah tiket sebelum habis terjual.



Konsert Inteam Tarik Peminat Lama dan Baru

Sumber: Inteam

Bersempena ulang tahun ke-25 Inteam dalam industri muzik tanah air, konsert yang diberi nama “Kasih Kekasih” merupakan malam penuh makna yang menghimpunkan lagu-lagu berunsur ketuhanan, nostalgia, dan dakwah.

Dengan tema “Cinta Ilahi, Sayang Nabi, Kasih Insani”, konsert ini dijangka membawa peminat mengimbau semula kenangan zaman kegemilangan nasyid sambil mengangkat nilai spiritual dalam hiburan.


Fenomena Tiket Laris: Konsert Inteam Tular Sebelum Dijual

Tiket yang habis dijual dalam masa dua jam selepas dibuka pada 23 Mei lalu membuktikan bahawa kumpulan Inteam masih mempunyai daya pengaruh dalam menarik peminat. Sambutan luar biasa ini juga mungkin dipengaruhi oleh video tular dan trending di media sosial menjelang hari jualan tiket hasil kolaborasi viral dengan Papa Ayie..


Strategi dan Daya Tarik Konsert Inteam

Konsert ini dijangka membariskan lagu-lagu ikonik dari kumpulan nasyid ini seperti Kasih Kekasih, Nur Kasih serta Damba Kasih.


Panduan Ke Zepp KL Menggunakan Pengangkutan Awam untuk Menyaksikan Konsert Inteam

Bagi para peminat yang ingin pergi ke konsert menggunakan pengangkutan awam, mereka boleh turun ke Monorel dan LRT Stesen Hang Tuah yang dihubungkan dengan Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC). Melalui BBCC, peminat boleh sampai ke Zepp KL.

1. Monorel KL

Menggunakan Monorel KL anda boleh terus ke Stesen Hang Tuah tanpa menukar tren.

2. LRT Laluan Sri Petaling/Ampang

Menggunakan LRT Laluan Sri Petaling/Ampang anda boleh terus ke Stesen Hang Tuah tanpa menukar tren.

3. LRT Laluan Kelana Jaya

Menggunakan LRT Laluan Kelana Jaya, anda boleh ke Stesen Masjid Jamek. Apabila sampai ke Stesen Masjid Jamek, anda boleh menukar menukar ke LRT Laluan Sri Petaling/Ampang dan turun di Stesen Hang Tuah.

4. Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) anda boleh menggunakan LRT Laluan Sri Petaling dan terus ke Stesen Hang Tuah tanpa menukar tren.

5. MRT Laluan Kajang

Dari Kajang and boleh naik MRT ke Stesen MRT Stesen Maluri. Apabila sampai ke MRT Stesen Maluri anda boleh menukar ke LRT Laluan Ampang dan turun di Stesen Hang Tuah.

Dari Kwasa Damansara anda boleh naik MRT ke Stesen Merdeka. Apabila sampai ke MRT Stesen Merdeka anda boleh tukar ke LRT Laluan Sri Petaling/Ampang iaitu Stesen Plaza Rakyat dan turun di Stesen Hang Tuah.

6. MRT Laluan Putrajaya

Menggunakan MRT Laluan Putrajaya, anda boleh turun ke Stesen Titiwangsa. Apabila sampai ke Stesen Titiwangsa anda boleh tukar ke LRT Laluan Sri Petaling/Ampang dan turun di Stesen Hang Tuah.


Penutup

Konsert Inteam meraikan 25 tahun perjuangan seni kumpulan tersebut dalam membangkitkan genre nasyid dalam landskap muzik Malaysia. Melalui konsert ini peminat lama mahupun generasi baharu dapat menikmati seni nasyid yang popular pada masa dahulu dalam suasana masa kini.

Yang Berkaitan: PBAKL 2025: Cara Pergi ke WTCKL

Leave a Comment