Keputusan Matrikulasi 2025: Semakan Rasmi Dibuka

Keputusan Matrikulasi 2025


Pendidikan merupakan bidang kritikal bagi sesebuah negara. Untuk memastikan sesbuah negara itu mampu membangun dan berkembang, sistem pendidikannya perlu diambil perhatian yang serius. Hal ini demikian kerana pendidikan itulah yang membentuk warga sesebuah negara agar mampu mentadbir negaranya dengan berkesan. Selain itu, melalui pendidikan yang berkesan, tenaga kerja mahir dapat dihasilkan dan seterusnya mampu memacu ekonomi negara.

Di Malaysia, sistem pendidikan itu boleh dibahagikan secara kasar kepada pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. Pendidikan rendah merupakan bentuk pendidikan yang dijalani oleh golongan kanak-kanak dari berumur 7 tahun sehinggalah 12 tahun. Pendidikan menengah pula ialah bentuk pendidikan yang dijalani oleh golongan remaja dari berumur 13 tahun sehingga 17 tahun. Di peringkat akhir pendidikan menegah, pelajar akan menjalani peperiksaan akhir yang seragam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pendidikan tinggi merupakan sistem pendidikan bagi pelajar yang sudah menjalani peperiksaan SPM.

Hala tuju calon SPM ialah pelbagai. Mereka boleh memohon untuk mengambil diploma, asasi mahupun matrikulasi. Di sini kami akan memberi maklumat terbaru untuk calon lepasan SPM yang telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2025/2026.



Maklumat dari Kementerian Pendidikan Tinggi Bahagian Matrikulasi
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Waktu Semakan Keputusan Matrikulasi 2025

Untuk calon lepasan SPM yang telahpun memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2025 dan 2026 dan sedang menunggu keputusan, anda kini boleh menyemak keputusan tersebut bermula pada 21 Mei 2025, jam 10 pagi secara dalam talian.


Cara Semakan Keputusan Matrikulasi 2025

Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm

Bahagian semakan untuk keputusan matrikulasi 2025

2. Cari bahagian “Semakan” di bahagian atas dan klik.

Semak keputusan penempatan untuk keputusan matrikulasi 2025

3. Masuk ke bahagian “Semakan Keputusan Penempatan” dan klik.

Isi maklumat untuk mengetahui keputusan matrikulasi 2025

4. Masukkan “Nombor Kad Pengenalan/ No Lembaga Peperiksaan” serta “Kata Laluan” dan masuk.


Rayuan Keputusan Matrikulasi 2025

Bagi calon yang tidak berjaya dalam pemilihan awal, kemudahan rayuan turut disediakan sepanjang tempoh sebulan, bermula dari 21 Mei hingga 21 Jun 2025. Rayuan hanya boleh dibuat secara dalam talian, dan tiada borang fizikal akan diterima.


Penutup

Keputusan matrikulasi membolehkan calon lepasan SPM merancang hala tuju serta masa depan mereka. Dengan pelbagai saluran yang membolehkan calon lepasan SPM meneruskan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi, sudah pasti terdapat perkiraan yang perlu diambil perhatian. Calon digalakkan menyemak status seawal mungkin dan membuat tindakan susulan, sama ada menerima tawaran, membuat rayuan, atau merancang alternatif lain. Semakan awal juga membolehkan calon bersedia dengan pelan kewangan, tempat tinggal dan logistik sekiranya berjaya ditawarkan ke institusi yang jauh dari tempat tinggal. Selain matrikulasi terdapat pelbagai alternatif bagi pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran mereka. Maka, pelajar lepasan SPM perlu memikirkan dengan teliti hala tuju mereka yang bersesuaian dengan keupayaan serta harapan masa depan mereka yang ingin dicapai.


Pertanyaan & Rujukan

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh terus melayari laman rasmi KPM atau mengunjungi kaunter pertanyaan di Kompleks E, Putrajaya sehingga 30 Mei 2025.

Yang Berkaitan: PBAKL 2025: Cara Pergi ke WTCKL

Leave a Comment