Doa Untuk Arwah Ibu: Panduan Solat/Doa


Kehilangan seorang ibu adalah kehilangan yang paling dalam. Hai ini seolah-olah sebahagian jiwa kita turut pergi bersamanya. Namun, dalam Islam, kasih sayang anak terhadap ibu tidak pernah terputus walaupun jasad telah bersemadi di alam barzakh. Walaupun telah terputus hubungan antara insan dengan alam dunia ini setelah kematiannya namun terdapat amalan di alam dunia yang masih mengalir. Salah satunya ialah doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh akan mengalir kepada ibu bapa di alam sana. Maka, walaupun tidak bersama di alam dunia ini, salah satu cara paling mulia untuk terus berbakti ialah melalui DOA UNTUK ARWAH IBU, yang terus menjadi penghubung kasih di antara dunia dan akhirat. Diharapkan doa ini dapat membantu ibu bapa di alam sana dalam mengecap kebahagiaan abadi dan mengelakkan diri dari azab kunur yang amat pedih.


Lafaz Doa Untuk Arwah Ibu

Berikut ialah lafaznya:

اللهُمَّ اجْعَلْ وَأَوْصِلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُهُ إِلَى رُوْحِ أُمِّي. اللهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفٟ عَنْهَا، أَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا، تَقَبَّلْ حَسَنَاتِهَا وَكَفِّرْ سَيِّئَاتِهَا، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu:

“Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibuku. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, hapuskanlah kesalahannya dengan Rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

Doa ini bukan sekadar lafaz, ia adalah luahan rindu, harapan dan cinta seorang anak. Ia merangkumi permohonan keampunan, kelapangan kubur, penerimaan amalan dan rahmat yang berpanjangan untuk roh ibu. Doa Untuk Arwah Ibu adalah bukti bahawa meskipun ibu telah tiada, kasih sayang anak yang beriman masih terus mengalir – melalui setiap ayat yang ditujukan kepada Allah SWT.


Penutup: Amalan Harian yang Menghidupkan Hubungan Jiwa

Ibu dan bapa ialah golongan yang bersusah-payah membesarkan kita dari kecil sehinggalah mampu berdikari. Pengorbanan mereka tidak terhingga dengan keringat, wang serta masa dicurahkan sepenuhnya kepada kita agar kita membesar menjadi insan yang berguna. Sudah pasti membesarkan anak itu bukan mudah malahan lagi dengan kerenah anak yang sewaktu kecil tidak mengerti apa-apa. Namun, ibu bapa yang sejati akan senantiasa sabar dengan cabaran yang dihadapi dalam membesarkan anak-anak. Maka, amalkan doa ini setiap kali selepas membaca al-Quran atau selepas solat. Jadikan ia rutin yang penuh makna iaitu sebagai cara kita terus berbakti dan menunjukkan bahawa cinta kepada seorang ibu itu tidak pernah mati, hanya berubah bentuk menjadi doa yang sentiasa mengiringi di alam sana.

Yang Berkaitan: Doa Ibu Bapa dan Anak: Panduan Solat/Doa

Leave a Comment