Doa Sebelum Belajar: Panduan Solat/Doa

Doa Sebelum Belajar: Panduan Solat/Doa


Setiap langkah menuju ilmu adalah satu ibadah. Setiap ilmu yang bermanfaat adalah cahaya yang menerangi hidup di dunia dan akhirat. Namun, untuk benar-benar memahami dan menghayati sesuatu ilmu, hati perlu dibersihkan. Hati itu perlu dibersihkan agar akal dapat dibuka dan jiwa dapat disandarkan kepada Yang bersifat dengan sifat Ilmu itu sendiri iaitu Allah SWT.

Sebab itulah, DOA SEBELUM BELAJAR amat dianjurkan untuk diamalkan, tidak kira usia atau tahap pendidikan. Doa itu sesuai sama ada pelajar sekolah, mahasiswa universiti, mahupun individu dewasa yang terus mencari ilmu.Ddoa ini adalah cara terbaik untuk memulakan sesi pembelajaran dengan kerendahan hati dan harapan kepada rahmat Allah.


Lafaz Doa Sebelum Belajar

Berikut ialah lafaznya:

اللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu:

“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”


Kelebihan dan Makna Doa Sebelum Belajar

Doa ini sangat istimewa kerana ia memohon bukan sekadar ilmu, tetapi hikmah, iaitu kefahaman yang mendalam, kemampuan untuk mengaitkan ilmu dengan amal, serta kecerdasan akal dan jiwa. Selain itu, kita juga memohon agar Allah melimpahkan “khazanah rahmat-Nya”, yang bermaksud ilmu yang luas, rezeki yang berkat, dan pemahaman yang benar.

Dengan membaca doa ini, kita mendidik diri untuk tidak sombong dengan kecerdikan sendiri. Sebaliknya, kita mengakui bahawa semua ilmu datang daripada Allah dan hanya dengan izin-Nya barulah ilmu itu akan masuk ke dalam hati dan memberi manfaat sebenar.


Amalan yang Menghidupkan Jiwa

Jadikanlah doa ini sebagai amalan tetap sebelum membuka buku, menghadiri kelas, atau memulakan sebarang proses pembelajaran. Ia bukan sahaja menenangkan jiwa, tetapi juga membuka keberkatan dalam ilmu yang dipelajari. Lebih daripada itu, ia menanam adab dalam diri — bahawa ilmu itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat, dan dunia.


Penutup

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai yang mengejar ilmu, tetapi sedikit yang memulakannya dengan doa. Dengan mengamalkan DOA SEBELUM BELAJAR, diharapkan aagar dipermudahkan dalam menerima ilmu. Ilmu itu merupakan cahaya dan doa merupakan mengajak cahaya Allah masuk ke dalam hati dan fikiran. Semoga setiap ilmu yang kita pelajari menjadi jalan menuju keberkatan dan kejayaan di dunia serta akhirat.

Yang Berkaitan: Doa Nabi Yunus: Panduan Solat/Doa

Leave a Comment