Doa Nabi Yunus merupakan amalan spiritual yang sangat kuat dalam Islam yang dikenali juga sebagai Tasbih Nabi Yunus. Doa ini diungkapkan oleh Nabi Yunus A.S. ketika berada dalam perut ikan nun. Dengan izin Tuhan Nabi Yunus selamat berada di dalam perut ikan nun.
Walaupun Nabi Yunus selamat berada dalam perut ikan nun, namun keadaan dalamnya yang gelap menggambarkan hidup insan di dunia ini yang penuh kegelapan dan ujian. Namun sebagaimana Nabi Yunus tidak ditinggalkan begitu sahaja di dalam perut ikan nun, begitulah juga insan tidak ditinggalkan begiru sahaja dalam menghadapi ujian di dunia ini. Maka doa ini ialah pengakuan insan tentang hakikat dirinya dan hakikat Tuhannya serta kecenderungan dirinya untuk melakukan tindakan yang menzalimi diri sendiri.
Sebagaimana Nabi Yunus yang akhirnya berjaya keluar dari perut ikan nun begitulah dari gelapnya ujian itu juga muncul cahaya harapan. Maka, apabila menghadapi ujian, doa adalah amalan yang bertepatan dengan hakikat diri insan yang dengan rahmat dari Tuhannya diangkat ujian tersebut dan seterusnya membawa kepada jalan kebahagiaan yang kekal abadi.
Lafaz Doa Nabi Yunus
Berikut ialah lafaznya:
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu:
“Tiada Tuhan yang benar disembah melainkan Engkau, ya Allah, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah daripada golongan orang yang menzalimi diri sendiri.”
Mengapa Doa ini Sangat Istimewa?
Doa ini bukan sekadar lafaz permohonan biasa. Ia mengandungi tiga unsur penting:
- Tauhid – pengakuan hanya Allah berhak disembah.
- Tasbih – mensucikan Allah dari segala kekurangan.
- Istighfar – pengakuan atas kesalahan dan keinsafan diri.
Kekuatan di Sebalik Doa Nabi Yunus
Doa ini adalah senjata yang sangat berkesan untuk menghadapi kesukaran hidup. Ia mengandungi kuasa spiritual untuk menenangkan jiwa, membuka jalan keluar dan memperkuat harapan.
Bagaimana dan Bila Untuk Diamalkan
Amalan ini sesuai diamalkan:
- Selepas solat fardhu.
- Ketika berada dalam tekanan emosi atau kesulitan hidup.
- Sebelum memulakan sesuatu yang mencabar.
Amalkan dengan penuh yakin dan khusyuk. Setiap kalimahnya adalah pengakuan dan pengharapan yang sangat kuat.
Penutup
Doa ini adalah zikir yang bukan sahaja menjadi pengubat jiwa, tetapi juga penyelamat dalam kesempitan hidup. Ia adalah doa yang lahir dari keinsafan seorang nabi dan terus menjadi amalan yang memberi harapan kepada umat Islam hingga hari ini. Amalkan doa ini setiap hari – bukan hanya ketika susah, tetapi juga sebagai bukti cinta kita kepada Allah SWT.
Yang Berkaitan: Doa Untuk Arwah Bapa: Panduan Solat/Doa