Bantuan SYUKUR 2025: Semakan Bantuan Dalam Talian

Bantuan SYUKUR 2025: Semakan Bantuan Dalam Talian


Program bantuan SYUKUR 2025 ialah inisiatif khas Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ditambah lagi dengan perang dagang hasil daripada tarif yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sudah pasti keadaan ini akan memberi kesan kepada seluruh rakyat terutamanya golongan miskin dan miskin tegar. Maka bantuan ini merupakan diharapkan dapat meringankan beban golongan tersebut melalui bantuan tunai RM300 setiap bulan selama setahun. Semua penerima dipilih secara automatik menggunakan data eKasih dan PADANS tanpa memerlukan permohonan baharu. Ketahui syarat, kaedah bayaran, dan cara semak status penerima bantuan SYUKUR 2025 secara dalam talian.


Apa Itu Bantuan SYUKUR 2025?

Bantuan ini adalah untuk rakyat Sabah yang layak menerima bantuan tunai RM300 sebulan di bawah program Sentuhan Kasih Rakyat. Tujuannya adalah memastikan tiada golongan miskin tercicir dari bantuan ekonomi negeri, selari dengan usaha kerajaan Sabah memperkasa jaringan keselamatan sosial.


Syarat Kelayakan Bantuan SYUKUR 2025

Untuk menjadi penerima bantuan, anda mestilah:

  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus H
  • Bermastautin di Sabah lebih 1 tahun
  • Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dalam data eKasih sehingga 31 Disember 2024

Tarikh & Kaedah Pembayaran Penerima Bantuan SYUKUR 2025

Pembayaran kepada penerima bantuan bermula secara berfasa pada 19 Februari 2025. Bayaran akan dikreditkan melalui tiga kaedah:

  1. Kredit ke akaun bank penerima
  2. Pembayaran tunai di lokasi terpilih
  3. Melalui e-Wallet YONO, aplikasi rasmi kewangan Negeri Sabah

Cara Semak Status Dalam Laman Web

Anda boleh semak status kelayakan melalui:

Portal SYUKUR Sabah:

  1. Layari syukur.sabah.gov.my
  2. Klik “Semak”
  3. Masukkan nombor MyKad
  4. Tekan “Semak” dan status akan dipaparkan

Aplikasi YONO & PADANS:

  • Muat turun aplikasi YONO di Google Play Store atau Apple App Store
  • Log masuk dan semak status penerima bantuan dalam akaun anda

Maklumat & Saluran Bantuan Rasmi

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, hubungi:


Penafian & Tujuan Penulisan

Kandungan ini disediakan untuk memudahkan akses kepada maklumat bantuan rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kami tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan, tidak mengutip maklumat pelawat, dan tidak mengenakan sebarang bayaran.

Segala informasi adalah berdasarkan:

  • Portal Rasmi SYUKUR Sabah
  • Portal PADANS
  • Pengumuman Kerajaan Negeri

Yang Berkaitan: Semak Baki MyKad? Ini Pelbagai Fungsi Dalam MyKad

Leave a Comment