Bantuan RM200 Setiap Bulan: Semak Status Sekarang

BANTUAN RM200 SETIAP BULAN merupakan inisiatif terkini di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih bagi membantu golongan isi rumah B40 yang layak. Program ini menyalurkan bantuan tunai berbentuk pembelian barang keperluan secara tanpa tunai menggunakan MyKad penerima di pasar raya dan kedai terpilih.

Dalam artikel ini, kami sediakan panduan lengkap semakan status, kaedah penggunaan, serta senarai barangan yang boleh dibeli melalui bantuan ini.


Apakah Itu Bantuan RM200 Setiap Bulan?

Kategori isi rumah yang layak menerima bantuan STR dan mempunyai rekod eKasih akan menerima bantuan sebanyak RM100 sebulan dari Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, jumlah ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulanuntuk pembelian barangan asas bagi keperluan seisi rumah.

Bantuan ini disalurkan melalui kad pengenalan (MyKad) penerima — menjadikan proses lebih telus, selamat, dan efisien.


Semakan Status Bantuan RM200 Setiap Bulan

Berikut ialah dua kaedah rasmi untuk semak status kelayakan anda:

1. Portal Rasmi MyKasih

Layari: https://www.mykasih.com.my (https://www.mykasih.com.my/)

  1. Klik menu Semak Status
  2. Masukkan 12-digit nombor MyKad
  3. Masukkan Captcha dan tekan Semak Status
  4. Paparan akan tunjuk status: Lulus Bantuan SARA MyKasih

2. Portal MySTR

Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)

  1. Klik pada bahagian MySTR dan tekan Semak Status
  2. Masukkan nombor MyKad dan log masuk
  3. Sahkan Kata Kunci Keselamatan
  4. Klik Semakan Status
  5. Status dan jumlah kelayakan akan dipaparkan

Cara Guna Bantuan MyKasih di Pasar Raya

  1. Pilih Barangan Berlabel MyKasih
  2. Pastikan barangan dipilih dari rak yang mempunyai label program SARA MyKasih.
  3. Pengesahan MyKad oleh Juruwang
  4. Juruwang akan imbas MyKad untuk sahkan status kelayakan penerima.
  5. Imbasan Kod Produk & Bayaran
  6. Barang akan diimbas, dan pembayaran dibuat dengan memasukkan 6-digit PIN.
  7. Simpan Resit Pembelian
  8. Simpan resit untuk rujukan dan semakan pembelian.

Nota: Sekiranya jumlah pembelian melebihi nilai bantuan atau barang tidak diluluskan, penerima perlu bayar secara tunai.


Senarai Barangan Bantuan RM200 Setiap Bulan

Antara barangan yang layak dibeli:

  • Tepung: Cap Sauh, Lili, Faiza, Cap Ros
  • Minyak Masak: Alif, Saji, Vesawit
  • Minuman: Milo, F&N, Dutch Lady, Nescafe
  • Mee Segera: Maggi, Mi Sedaap, Cintan
  • Biskut: Chipsmore, Hup Seng, Julies
  • Makanan Tin: Ayam Brand, TC Boy, Kimball
  • Produk Kebersihan: Colgate, Detol, Kotex
  • Ubat-Ubatan: Panadol, Prospan, Hurix’s
  • Barangan Sekolah: Faber-Castell, Bata
  • Roti & Telur: Gardenia, Massimo, QL Eggs
  • Beras: Jasmine, Jati, Cap Rambutan

Hubungi Untuk Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan BANTUAN RM200 SETIAP BULAN boleh disalurkan ke:

  • Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • E-mel: info@mykasih.com

Yang Berkaitan: Semakan Bantuan Sabah 2025: Kelayakan Penerima Fasa 2

Leave a Comment