Bantuan RM100 Dalam IC: Semak Status Sekarang

Bantuan RM100 Dalam IC


Ketahui bagaimana cara untuk membuat semakan status kelayakan serta panduan lengkap pembelian barangan asas melalui bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025. Program ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan miskin, miskin tegar dan penerima STR yang layak, agar mereka dapat menampung perbelanjaan harian dengan lebih teratur dan berfokus.

Semakan kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui dua portal rasmi iaitu MyKasih dan MySTR. Pengguna hanya perlu memasukkan 12 digit nombor MyKad dan kod keselamatan (Captcha) untuk mengetahui sama ada mereka tersenarai sebagai penerima bantuan.

Jika layak, bantuan sebanyak RM100 hingga RM200 sebulan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan asas seperti beras, minyak masak, susu, telur, roti, makanan kering dan keperluan dapur lain. Pembelian hanya boleh dibuat di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar di bawah sistem MyKasih.

Panduan lengkap senarai premis terlibat, barangan yang dibenarkan serta tatacara pembelian boleh dirujuk terus di laman rasmi MyKasih. Langkah ini memastikan bantuan digunakan secara berhemah dan sampai tepat kepada golongan sasar.


ISI KANDUNGAN

  • Semakan Status Bantuan RM100 Dalam IC
  • Semakan Melalui Portal MyKasih
  • Semakan Melalui Portal MySTR
  • Cara Pembelian Barang Guna Bantuan RM100 Dalam IC
  • Senarai Barangan Asas Yang Dibenarkan
  • Hubungi Untuk Maklumat Lanjut
  • Maklumat Tambahan Berkaitan Bantuan RM100 Dalam IC

Semakan Status Bantuan RM100 Dalam IC

Bantuan ini ialah adalah inisiatif di bawah program SARA MyKasih 2025. Kelayakan boleh disemak secara atas talian sahaja melalui dua portal rasmi:

Semakan Melalui Portal MyKasih

  1. Layari: https://www.mykasih.com.my
  2. Klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor MyKad dan Kod Captcha
  4. Klik [Semak Status]
  5. Status akan dipaparkan:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]

Semakan Melalui Portal MySTR

  1. Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik [Semak Status] di ruangan MySTR
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  4. Jawab Kata Kunci Keselamatan
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Paparan maklumat:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
    • Status Kelayakan

Cara Pembelian Barang Guna Bantuan RM100 Dalam IC

Berikut ialah cara menggunakan bantuan tersebut di pasaraya terpilih:

  1. Pilih Barangan – Hanya produk dalam 13 kategori dibenarkan (berlabel MyKasih).
  2. Tunjuk MyKad – Juruwang akan sahkan kelayakan.
  3. Imbas Kod Barangan – Hanya barangan asas dibenarkan.
  4. Bayar Guna MyKad – Masukkan PIN 6-digit.
  5. Simpan Resit – Sebagai bukti transaksi.

Jika jumlah pembelian melebihi baki bantuan atau tidak dalam senarai yang dibenarkan, bayaran tambahan perlu dibuat secara tunai.


Senarai Barangan Asas Yang Dibenarkan

KategoriJenama Contoh
TepungCap Sauh, Faiza, BlueKey
MinumanMilo, Tea Boh, Nescafe, Dutch Lady
Minyak MasakSaji, Alif, Daisy, Vesawit
Mee SegeraMaggi, Mi Sedap, Mamee
RotiGardenia, Massimo
TelurNutriplus, QL Eggs
Makanan Dalam TinAyam Brand, Kimball, Adabi
Produk KebersihanColgate, Dettol, Kotex
Ubat-UbatanPanadol, Prospan, Hurix’s
Barang SekolahStabilo, Staedtler, Faber-Castell

Hubungi Untuk Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi:


Maklumat Tambahan Berkaitan Bantuan RM100 Dalam IC

Program ini merupakan usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar membeli barangan asas secara lebih mudah dan selamat. Semakan bantuan ini amat penting untuk memastikan kelayakan dan penggunaan dana dilakukan dengan tepat dan berhemah.

Yang Berkaitan: Kad Pekerja Madani 2025: Semak Status Layak Atau Tidak

Leave a Comment