Bantuan MyKad RM200 2025
Ketahui cara semakan kelayakan dan panduan penggunaan bantuan MyKad melalui program SARA MyKasih 2025 yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah. Program ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung, susu, dan produk lain yang diluluskan, menggunakan nilai bantuan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad setiap bulan. Semakan status kelayakan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR. Panduan lengkap turut disediakan untuk memudahkan proses pembelian di pasar raya dan kedai terpilih. Pastikan anda memahami syarat serta langkah-langkah semakan sebelum membuat pembelian menggunakan bantuan ini.
Semakan Status Bantuan MyKad RM200 2025
Bantuan ini merupakan bantuan dalam bentuk bantuan tunai bukan wang fizikal yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Panduan Semakan di Portal MyKasih:
- Layari: https://www.mykasih.com.my
- Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit nombor MyKad dan kod captcha
- Klik [Semak Status]
- Status akan dipaparkan:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
Panduan Semakan di Portal MySTR:
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik [Semak Status] di ruangan MySTR
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan
- Klik [Semakan Status]
- Paparan termasuk:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan
Cara Guna Bantuan MyKad RM200 2025 Di Pasaraya
Berikut ialah proses penggunaan bantuan di pasaraya atau kedai runcit terpilih:
- Pilih barangan keperluan – Produk yang dibenarkan ditanda dengan label MyKasih.
- Tunjukkan MyKad – Juruwang akan mengesahkan status bantuan.
- Imbas barangan – Hanya 13 kategori produk asas dibenarkan.
- Masukkan PIN MyKad – 6-digit untuk pengesahan transaksi.
- Simpan resit pembelian – Untuk semakan dan bukti transaksi.
Jika jumlah pembelian melebihi baki atau tidak termasuk dalam senarai barangan yang dibenarkan, bayaran tambahan perlu dibuat secara tunai.
Senarai Barangan Asas MyKasih Yang Dibenarkan Bantuan MyKad RM200 2025
| Kategori | Jenama Contoh |
| Tepung | Cap Sauh, Faiza, BlueKey |
| Minuman | Milo, Tea Boh, Nescafe, Dutch Lady |
| Minyak Masak | Saji, Alif, Vesawit, Daisy |
| Mee Segera | Maggi, Mi Sedap, Cintan, Mamee |
| Roti | Gardenia, Massimo, Mighty White |
| Telur | Nutriplus, QL Eggs, CP |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand, King Cup, Adabi |
| Produk Kebersihan | Colgate, Dettol, Kotex |
| Ubat-Ubatan | Panadol, Hurix’s, Prospan |
| Barang Sekolah | Stabilo, Staedtler, Bata, Canggih |
| Beras | Jasmine, Jati, Cap Rambutan |
| Biskut | Tiger, Munchy’s, Chipsmore |
Rujukan & Hubungi
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Talian Rasmi MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel Rasmi: info@mykasih.com
Info Tambahan
Bermula April 2025, kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan bagi penerima yang layak, khususnya golongan B40 dan mereka yang tersenarai dalam sistem eKasih. Langkah ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dengan membolehkan pembelian barangan asas secara tanpa tunai. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan di pasar raya atau kedai runcit yang mengambil bahagian. Dengan MyKad berfungsi sebagai dompet digital, proses pembelian menjadi lebih pantas, selamat dan efisien. Ini juga memastikan bantuan digunakan secara berhemah untuk keperluan asas harian penerima.
Yang Berkaitan: Bantuan Dalam IC RM100: Semakan Status Layak Atau Tidak