Bantuan MyKad Madani 2025: Semakan Status Kelayakan


Bantuan MyKad Madani 2025 merupakan salah satu inisiatif di bawah kerangka Malaysia Madani yang dirangka khusus untuk membantu golongan yang paling memerlukan. Bantuan ini menyasarkan kategori miskin, miskin tegar, warga emas tanpa pasangan, dan golongan bujang berpendapatan rendah. Melalui program ini, kerajaan menyalurkan bantuan tunai secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak bagi tujuan pembelian barangan asas harian.

Setiap penerima akan menerima jumlah tertentu yang dikreditkan ke dalam MyKad secara bulanan, dan dana ini hanya boleh digunakan di pasar raya atau kedai runcit yang berdaftar di bawah sistem MyKasih. Barangan yang boleh dibeli termasuk makanan asas seperti beras, minyak masak, telur, roti, susu, dan keperluan dapur lain.

Pelaksanaan bantuan ini bukan sahaja memastikan ketelusan dan kawalan dalam penggunaan dana, malah membolehkan kerajaan memantau corak perbelanjaan dan keperluan sebenar rakyat. Bantuan ini juga memberi keselesaan kepada penerima kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai dan boleh berbelanja secara terus menggunakan MyKad.

Bagi mengetahui kelayakan dan cara penggunaan bantuan ini, orang ramai boleh membuat semakan status secara atas talian melalui portal rasmi MyKasih atau MySTR.



Semakan Status Penerima Bantuan MyKad Madani 2025

Semakan boleh dibuat secara online melalui dua portal rasmi:

Portal MyKasih

  • Layari: https://www.mykasih.com.my
  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan 12 digit Nombor MyKad
  • Masukkan kod Captcha
  • Klik [Semak Status]
  • Paparan akan menunjukkan status:
    Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

Portal MySTR

  • Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan nombor MyKad
  • Jawab kata kunci keselamatan
  • Klik [Semakan Status]
  • Paparan termasuk:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
    • Status Kelayakan Bantuan

Jumlah Bantuan Mykad Madani 2025 Mengikut Kategori

Kategori eKasih (STR + eKasih)

KategoriBantuan Jan–MacBantuan Apr–DisJumlah Tahunan
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulanRM2,100
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulanRM1,650
BujangRM50/bulanRM50/bulanRM600

Kategori Bukan eKasih (STR sahaja)

KategoriBantuan Apr–DisJumlah Tahunan
Isi RumahRM100/bulanRM900
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulanRM450

Panduan Pembelian Di Pasaraya Menggunakan MyKad

Bantuan hanya boleh digunakan untuk barangan asas tertentu di pasar raya atau kedai runcit yang menyokong program ini:

Langkah Pembelian

  1. Pilih produk berlabel MyKasih
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang
  3. Juruwang imbas kod barangan yang sah
  4. Masukkan PIN 6-digit
  5. Simpan resit pembelian

Barangan bukan dalam senarai atau jika jumlah melebihi baki bantuan, perlu dibayar secara tunai.


Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

KategoriContoh Jenama
TepungCap Sauh, Faiza, Cap Ros
PerasaJalen, Maggi, Kimball
Makanan TinAyam Brand, TC Boy
MinumanMilo, Dutch Lady, Marigold
Mee SegeraMaggi, Mi Sedaap, Mamee
BiskutJulies, Tiger, Munchy’s
Minyak MasakSaji, Alif, Buruh
Produk KebersihanColgate, Dettol
Ubat-UbatanPanadol, Hurix’s
Alat Tulis & SekolahBata, Staedtler, Canggih
BerasJati, Faiza, Cap Rambutan
RotiGardenia, Massimo
TelurNutriplus, CP

Rujukan & Maklumat Lanjut Berkaitan Bantuan MyKad Madani 2025

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan, hubungi:

Yang Berkaitan: Periksa PLKN 2025: Semakan Status Kelayakan

Leave a Comment