Bantuan Khas KWSP 2025: Semak Kelayakan Dalam Talian


Bantuan Khas KWSP 2025 merupakan bantuan untuk anda yang bekerja sendiri, suri rumah atau individu berpendapatan rendah. Mana-mana individu yang layak akan mendapat bantuan sebanyak RM500 melalui dua jenis insentif khas kerajaan bagi membantu simpanan persaraan rakyat Malaysia. Program ini termasuk caruman sukarela i-Saraan dan bayaran one-off kepada Akaun 1 KWSP. Bantuan-bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban rakyat terutamanya yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Bantuan ini juga bertepatan dengan sasar kerajaan yang mengambil berat keseluruhan golongan masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah yang senantiasa memerlukan perhatian yang khusus.


Dua Jenis Bantuan Khas KWSP 2025

1. Insentif i-Saraan KWSP (Sehingga RM500 Setahun)

Program ini terbuka kepada:

  • Pekerja sendiri
  • Peniaga kecil
  • Suri rumah
  • Pekerja gig

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur bawah 60 tahun
  • Bukan pencarum KWSP tetap
  • Berdaftar dalam i-Saraan
  • Membuat caruman sukarela

Insentif:

  • 15%–20% daripada jumlah caruman
  • Maksimum RM500 setahun, RM5,000 seumur hidup

2. Bayaran One-Off RM500 ke Akaun 1 KWSP

Diumumkan dalam Belanjawan 2023 kepada:

  • Ahli KWSP berumur 40–54 tahun (pada 24 Februari 2023)
  • Simpanan Akaun 1 RM10,000 ke bawah

Tiada permohonan diperlukan, bantuan dikreditkan secara automatik.


Cara Mohon Bantuan Khas KWSP 2025

Langkah-langkah:

  1. Daftar i-Saraan
    • Pemohon perlu membuat pendaftaran i-saraan terlebih dahulu (Untuk kategori pekerja sendiri & caruman sukarela)
    • Muat turun dan isi Borang KWSP 16G (M) di laman web KWSP.
    • Serahkan borang di cawangan atau daftar melalui i-Akaun
  2. Lakukan Caruman Sukarela
    • Serendah RM5 melalui pejabat pos, kiosk KWSP atau perbankan internet dengan tiada had maksimum
  3. Terima Insentif
    • Kerajaan akan kredit ke akaun KWSP secara berkala
  1. Tidak Perlu Mohon (Kategori Bayaran One-Off RM500)
    • Bagi ahli KWSP yang layak (umur 40–54 tahun & simpanan RM10,000 ke bawah), bantuan akan diberikan secara automatik. Anda hanya perlu:
      • Pastikan maklumat akaun bank anda dikemaskini
      • Semak transaksi melalui i-Akaun

Semak Status & Maklumat Lanjut

Jika anda layak, pastikan semakan dibuat melalui:


Penafian

Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat awam sahaja.
Segala informasi dirujuk daripada sumber rasmi seperti:

  • KWSP Malaysia
  • Pengumuman Belanjawan Kerajaan

Segala perubahan tertakluk kepada dasar semasa. Untuk maklumat terkini dan tepat, sila rujuk laman web rasmi KWSP.

Yang Berkaitan: Rawatan Percuma Selangor: Mohon Bantuan Sihat Selangor

Leave a Comment