Bantuan Dalam MyKad 2025: Semakan Status Layak Atau Tidak

Bantuan Dalam MyKad 2025


Program bantuan ini disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya terpilih. Semak syarat kelayakan dan status bantuan anda di sini.



Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Dalam MyKad 2025

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan untuk menerima bantuan tersebut:

Penerima Berstatus eKasih:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai Miskin Tegar / Miskin dalam sistem eKasih (sehingga 31 Oktober 2024)
  • Penerima STR 2025 kategori:
    • Isi Rumah
    • Bujang
    • Warga Emas Tiada Pasangan

Penerima Bukan eKasih:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2025 kategori:
    • Isi Rumah
    • Warga Emas Tiada Pasangan

Semak Status Bantuan Dalam MyKad 2025

Hanya terdapat dua portal rasmi untuk membuat semakan atas talian:

Semakan melalui Portal MyKasih

  1. Layari: https://www.mykasih.com.my
  2. Klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit Nombor MyKad dan Captcha
  4. Klik [Semak Status]
  5. Status akan dipaparkan:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]

Semakan melalui Portal MySTR

  1. Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik [Semak Status]
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Kata Kunci Keselamatan
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Paparan akan menunjukkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
    • Status Kelayakan

Panduan Membeli Guna Bantuan Dalam MyKad

Gunakan MyKad anda untuk pembelian barangan asas di pasaraya berikut:

  1. Pilih Barangan – Hanya 13 kategori yang dibenarkan dan dilabel MyKasih.
  2. Tunjukkan MyKad – Juruwang akan sahkan status bantuan.
  3. Imbas Kod Produk – Juruwang hanya imbas barangan dibenarkan.
  4. Bayar Guna MyKad – Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan transaksi.
  5. Simpan Resit – Bukti semakan dan rujukan transaksi.

Pembelian melebihi had bantuan atau produk tidak dibenarkan perlu dibayar secara tunai.


Kategori Barangan Yang Dibenarkan

Senarai barangan asas yang boleh dibeli ialah:

KategoriContoh Jenama
TepungCap Sauh, Cap Lili, Faiza, BlueKey
MinumanMilo, Nescafe, Dutch Lady, Tea Boh
Minyak MasakSaji, Alif, Daisy, Vesawit
Mee SegeraMaggi, Mi Sedap, Mamee
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurNutriplus, QL Eggs, CP
Makanan Dalam TinAyam Brand, Kimball, Tc Boy
BiskutTiger, Munchy’s, Chipsmore
Bahan PerasaMaggi, Sos Puteri, Faiza, Cap Kipas Udang
Produk KebersihanColgate, Dettol, Kotex
Ubat-UbatanPanadol, Prospan, Hurix’s
Barangan SekolahStabilo, Staedtler, Canggih
BerasJasmine, Jati, Cap Rambutan

Rujukan & Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • E-mel Rasmi: info@mykasih.com

Yang Berkaitan: Bantuan MyKad Madani 2025: Semakan Status Kelayakan

Leave a Comment