Bantuan Dalam IC RM100: Semakan Status Layak Atau Tidak


Bantuan Dalam IC RM100 merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan di bawah rangka kerja Malaysia Madani bagi tahun 2025. Bantuan ini disasarkan kepada golongan miskin, miskin tegar, dan B40, dengan matlamat utama membantu mereka mengurus kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui program ini, bantuan sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, roti, susu, makanan kering, serta produk kebersihan diri dan barangan dapur lain. Pembelian hanya boleh dilakukan di pasar raya dan kedai runcit terpilih yang berdaftar di bawah program MyKasih.

Pelaksanaan secara digital melalui MyKad membolehkan kawalan yang lebih telus, cekap, dan selamat. Ini juga memastikan bantuan digunakan untuk tujuan yang betul serta mengelakkan penyalahgunaan dana. Setiap transaksi akan direkodkan, sekaligus memudahkan pemantauan dan laporan pelaksanaan bantuan.

Orang ramai yang ingin mengetahui status kelayakan boleh membuat semakan secara atas talian melalui portal rasmi MyKasih atau MySTR. Bantuan ini bukan sekadar ringankan beban, tetapi juga memperkukuh jaminan sosial untuk rakyat paling memerlukan



Semakan Status Penerima Bantuan Dalam IC RM100

Anda boleh semak status kelayakan bantuan ini secara online melalui dua saluran rasmi:

Portal MyKasih

  • Layari: https://www.mykasih.com.my
  • Klik [Semak Status]
  • Masukkan 12 digit nombor MyKad
  • Masukkan Kod Captcha
  • Klik [Semak Status]
  • Paparan akan menunjukkan:
    Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

Portal MySTR

  • Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik [Semak Status] di ruangan MySTR
  • Masukkan nombor MyKad
  • Sahkan kata kunci keselamatan
  • Klik [Semakan Status]
  • Paparan akan tunjuk maklumat permohonan dan bayaran

Jumlah Bantuan Dalam IC RM100 Mengikut Kategori

Kategori eKasih (STR + eKasih)

KategoriBantuan Jan–MacBantuan Apr–DisJumlah Tahunan
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulanRM2,100
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulanRM1,650
BujangRM50/bulanRM50/bulanRM600

Kategori Bukan eKasih (STR Sahaja)

KategoriBantuan Apr–DisJumlah Tahunan
Isi RumahRM100/bulanRM900
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulanRM450

Panduan Pembelian Barangan MyKasih Di Pasaraya

Penerima bantuan hanya boleh membeli barangan asas di pasaraya yang mengambil bahagian:

Langkah Pembelian

  1. Pilih produk berlabel MyKasih
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang
  3. Juruwang imbas barangan asas yang sah
  4. Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan transaksi
  5. Simpan resit sebagai rekod

Barangan bukan dalam senarai atau jika melebihi baki MyKad, perlu dibayar secara tunai.


Senarai Barangan yang Diluluskan

KategoriContoh Jenama
TepungCap Sauh, Cap Ros, Faiza
PerasaMaggi, Jalen, Kimball
Makanan TinAyam Brand, TC Boy
MinumanMilo, Dutch Lady, Horlicks
Mee SegeraMaggi, Mi Sedaap, Mamee
BiskutTiger, Chipsmore, Julies
Minyak MasakSaji, Alif, Buruh
Produk KebersihanColgate, Dettol
Ubat-ubatanPanadol, Hurix’s
SekolahStaedtler, Bata, Canggih
BerasJasmine, Jati, Cap Rambutan
RotiGardenia, Massimo
TelurNutriplus, QL Eggs

Rujukan & Maklumat Lanjut Berkaitan Bantuan Dalam IC RM100

Jika anda ada sebarang persoalan, hubungi:

Yang Berkaitan: Semakan PLKN 2025: Secara Online Sesi 3.0

Leave a Comment