BANTUAN DALAM IC 2025 merupakan pelaksanaan terkini bantuan tanpa tunai di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diteruskan sehingga Disember 2025. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan.
Golongan sasaran ialah golongan yang memerlukan iaitu golongan yang perbelanjaannya tidak mampu untuk membeli barang keperluan asas atau walaupun mampu untuk membeli barangan keperluan asas tetapi barangan tersebut tidak mencukupi. Maka melalui inisiatif kerajaan ini, diharapkan bahawa golongan yang tidak berkemampuan dapat memenuhi keperluan barangan asas mereka.
Sumber pendapatan antara faktor penting yang mempengaruhi taraf kehidupan seseorang. Golongan yang sumber pendapatannya rendah akan mengakibatkan taraf kehidupannya lebih rendah dan tidak menentu berbanding dengan golongan yang sumber pendapatannya tinggi. Taraf kehidupan yang rendah sudah pasti akan mempengaruhi kesihatan seseorang sama ada dari sudut fizikal dan mental.
Apabila keperluan asas tidak mampu dipenuhi, maka seseorang itu mungkin berhadapan dengan masalah kekurangan khasiat yang diperlukan oleh badan. Akibatnya, seseorang itu kekurangan khasiat dan ini akan mempengaruhi taraf kesihatan seseorang. Kesannya apabila kesihatan terganggu, sudah pasti seseorang itu tidak mampu bekerja untuk menampung dirinya.
Maka bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak mengelakkan golongan yang berpendapatan rendah dalam memasuki lingkaran ganas tersebut.
ISI KANDUNGAN
- Semak Status Bantuan Dalam IC 2025
- Portal Mykasih
- Portal MySTR
- Jumlah Penyaluran Bantuan MyKasih 2025
- Panduan Pembelian Barangan Guna Bantuan Dalam IC 2025
- Senarai Barangan Dibenarkan Guna MyKasih 2025
- Rujukan dan Bantuan Mengenai Bantuan Dalam IC 2025
Semak Status Bantuan Dalam IC 2025
Penerima boleh menyemak status kelayakan dan baki bantuan secara dalam talian melalui dua portal rasmi:
Portal Mykasih
Langkah Semakan:
- Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit nombor MyKad
- Isikan kod Captcha
- Klik [Semak Status]
- Status akan dipaparkan:
- Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
Portal MySTR
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah Semakan:
- Klik [Semak Status] di bahagian MySTR
- Masukkan nombor MyKad
- Isikan kata kunci keselamatan
- Klik [Semakan Status]
- Paparan akan tunjukkan status permohonan dan maklumat bayaran
Jumlah Penyaluran Bantuan Mykasih 2025
| Kategori | Kadar Bulanan | Jumlah Tahunan |
| Isi Rumah (Miskin eKasih) | RM100 (Jan–Mac), RM200 (Apr–Dis) | RM2,100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih) | RM100 (Jan–Mac), RM150 (Apr–Dis) | RM1,650 |
| Bujang (eKasih) | RM50 (Jan–Dis) | RM600 |
| Isi Rumah (Bukan eKasih) | RM100 (Apr–Dis) | RM900 |
| Warga Emas (Bukan eKasih) | RM50 (Apr–Dis) | RM450 |
Panduan Pembelian Barangan Guna Bantuan Dalam IC 2025
- Pilih barangan berlabel MyKasih di pasar raya atau kedai runcit
- Tunjukkan MyKad untuk pengesahan status penerima
- Juruwang imbas kod barangan
- Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan pembelian
- Simpan resit sebagai rujukan transaksi
Nota: Pembelian melebihi baki atau barangan tidak dibenarkan perlu dibayar tunai.
Senarai Barangan Dibenarkan Guna Mykasih 2025
| Kategori | Jenama Contoh |
| Tepung | Cap Sauh, Faiza, BlueKey |
| Perasa Masakan | Kimball, Sos Puteri, Planta |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand, Adabi, King Cup |
| Minuman | Milo, Nescafe, Vico |
| Mee Segera | Maggi, Mi Sedap, Indo Mie |
| Biskut | Julies, Jacobs, Hup Seng |
| Minyak Masak | Saji, Alif, Vesawit |
| Kebersihan | Colgate, Dettol, Kotex |
| Ubat-Ubatan | Panadol, Prospan, Hurix’s |
| Barangan Sekolah | Canggih, Staedtler, Stabilo |
| Beras | Jasmine, Faiza, Cap Rambutan |
| Roti | Gardenia, Mighty White |
| Telur | Nutriplus, QL Eggs, CP |
Rujukan dan Bantuan Mengenai Bantuan Dalam IC 2025
Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, hubungi:
- Talian Bantuan MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel Rasmi: info@mykasih.com
Yang Berkaitan: Semak Status MyKasih 2025: Bantuan Bulanan Rm200 & Rm100