Bantuan BUDI Madani: Semakan Menggunakan MyKad
Apa Itu Bantuan BUDI Madani?
Bantuan BUDI Madani merupakan bantuan subsidi tunai yang diperkenalkan kerajaan bagi menyasarkan subsidi secara lebih berkesan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Situasi eknonomi yang tidak menentu serta ditambah pula dengan perang dagang yang dimulakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengakibatkan kerajaan perlu menguruskan kewangan negara dengan lemah berhemah. Maka agenda penyasaran subsidi diesel dilaksanakan agar subsidi tidak diberikan secara pukal. Subsidi ini hanya disalurkan kepada penerima yang layak. Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM200 setiap bulan. Namun begitu, bantuan ini tertakluk kepada syarat kelayakan dan kelulusan permohonan.
Tarikh Pembayaran Bantuan BUDI Madani
Pembayaran tunai untuk untuk 2025 akan dilaksanakan mengikut tarikh kelulusan berikut:
- Jika diluluskan bulan Julai:
Bayaran bermula 7 Ogos 2024 - Jika diluluskan bulan Ogos – Disember:
Bulan Kelulusan | Tarikh Bayaran |
---|---|
1–31 Ogos | 9 September 2024 |
1–30 September | 7 Oktober 2024 |
1–31 Oktober | 8 November 2024 |
1–30 November | 6 Disember 2024 |
1–30 Disember | 7 Januari 2025 |
Kaedah Pembayaran Bantuan
Dua kaedah utama digunakan untuk penyaluran:
- Kredit ke Akaun Bank Berdaftar:
Dana akan dimasukkan ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem BUDI Madani. - Tunai di Cawangan BSN:
Penerima tanpa akaun bank hanya perlu membawa MyKad ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menebus bantuan secara tunai.
Semakan Bantuan BUDI Madani Menggunakan MyKad
Semak status kelulusan anda melalui panduan berikut:
- Layari budimadani.gov.my
- Klik [Log Masuk] di penjuru kanan atas
- Masukkan nombor MyKad dan klik [Semak]
- Sahkan kata kunci keselamatan yang dipaparkan
- Klik YA dan masukkan kata laluan
- Klik pada [Semakan Status]
- Status kelulusan dan maklumat bayaran akan dipaparkan
Penting: Info Lanjut & Saluran Bantuan
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai permohonan, bayaran atau semakan, hubungi saluran rasmi berikut:
- Laman web rasmi: budimadani.gov.my
- Talian BUDI (BKK HASiL): 1-800-88-2747
- Talian BUDI (MOF): 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: budimadani@treasury.gov.my
Yang Berkaitan: Semakan MYKASIH 2025: Semakan Bantuan Dalam Talian